RSS

Azmin..! Hentikan ‘BERLAKON!!!’.. - Che Gu Bard




Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

“Azmin Ali sila berhenti menjadi watak baik di depan tetapi duri di belakang,” berikut adalah kenyataan aktivis terkenal, Che’gu Bard dalam satu sidang media sebentar tadi.

Jelas beliau, Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

“Selepas PRU-13, dia menjaja cerita kononnya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia.

“Kekecewaan itu telah menyebabkan dia menyerang Ketua Umum, Presiden PKR dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang pimpinan tertinggi parti melalui media sosial bawah kendaliannya,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, Azmin Ali turut menggunakan media dan orang-orangnya memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga.

“Bukan musuh, tetapi dia membuat kerja musuh. Kartel Azminlah yang mencipta istilah Istana Segambut, keputusan mesyuarat dalam bilik/ dalam kelambu dan Azizah pemimpin remote.

“Kononnya anda tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini, tanpa henti terus menemui secara sendiri atau menghantar wakil bertemu pemimpin tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkan,” katanya.

Menurut Che’gu Bard, ramai anak muda dan penyokong di luar sana bosan dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana Azmin dan kartelnya.

“Saya yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kenapa tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya?.

“Saya kini digantung tidak bertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti dahulu. Gantung ini tidak matikan saya!. PKR rumah perjuangan saya, saya akan terus berjuang di sini,” akhiri beliau.




.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors