RSS

Red Bean VS Gelombang Biru: Bukti Jelas BN Gagal Di Laman WEB...



Minggu ini telah menyaksikan peperangan siber di antara BN dan Pakatan Rakyat. Ini berikutan cadangan pembentukan Tentera Gelombang Biru yang didakwa dibuat ahli politik Umno Datuk Ahmad Maslan. Penubuhannya bagi mengekang pengaruh Red Bean Army di Internet.
 
Beliau dikatakan mahu membendung fitnah yang didakwanya tersebar angkara Red Bean Army yang dianggap penyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
 
Pertembungan penyokong-penyokong politik ini di laman media sosial dan Internet bagaimanapun dijangka berakhir dengan kekalahan Tentera Gelombang Biru.
 
Satu laman Facebook telah dibangunkan oleh pihak yang mendakwa mewakili Tentera Gelombang Biru. Ia terus menyaksikan pertempuran di kalangan penyokong BN dan penyokong Pakatan.
 
Posting  galak dikongsi membabitkan seorang Tentera Gelombang Biru yang mendakwa mempunyai sijil MUET yang berkata, sesiapa yang menentang BN perlu “open your ice” yang sewajarnya “open your eyes”.
 
MUET atau Malaysian University English Test, merupakan ujian kemahiran berbahasa Inggeris yang diperlukan bagi menyambung pelajaran di peringkat universiti.
 
Ia telah menjadi sandiwara atau meme yang menarik tumpuan kedua-dua penyokong BN dan penyokong Pakatan.
 
Laman Twitter dipenuhi dengan komen berhubung kesalahan ejaan “eyes”.
 
Tentera Gelombang Biru dan Ahmad ditertawakan dari arah kanan, kiri, depan dan belakang oleh warga laman maya dari Malaysia.
 
Selepas serangan bertali arus, beberapa halaman blog memuatkan kenyataan Ahmad bahawa beliau tidak pernah mengutarakan cadangan pembentukan Tentera Gelombang Biru itu.
 
Laporan asal mengenainya disiar agensi berita Bernama, yang dikawal kerajaan BN.
 
Namun, nampaknya trooper siber BN seakan benar-benar digerakkan dengan saranan Ahmad ini.
 
Namun ada yang berkata, sebilangan laman web yang mendakwa didirikan Tentera Gelombang Biru sebenarnya hanya parodi bagi memperkecilkan kemampuan mereka.
 
Jika benar, ternyata golongan anti-BN lebih kreatif di dalam menggunakan teknologi serta menunjukkan dedikasi yang tinggi.
 
Ini juga bertentangan dengan dakwaan BN bahawa golongan yang menentangnya di Internet dibayar. Mereka sebenarnya bukan hanya penyokong Pakatan, tetapi mungkin kanak-kanak yang celik teknologi di zaman informasi ini.
 
Mereka bertanya soalan dan mengharapkan jawapan. Ini mungkin tidak digemari BN.
 
Mereka juga tidak mengikut arahan membuta tuli dan tidak mempertahankan sikap moron yang kerap disebar golongan minoriti di negara ini.
 
Mereka menentang BN tetapi tidak tentu mereka ini penyokong Pakatan.
 
 
Tentera Gelombang Biru tidak mungkin dapat menentang mereka kerana mereka melakukan kerja ini secara sukarela, bukan seperti penyokong BN di bawah sayap Unit Media Baru Umno yang mengharapkan upah dan wang semata-mata.
 
Gerakan anti-BN berharap mendedahkan kelemahan parti pemerintah ini di alam maya, terutamanya kerana BN kerap mengekang suara penentangan di dunia sebenar.
 
Berkenaan Red Bean Army pula, BN sebenarnya tersasar jauh. Ia tidak pernah wujud kerana sebenarnya, gerakan anti-BN terdiri daripada manusia yang diberi kebebasan berfikir. Itu sahaja. ~ Ant Daily
 
 
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors