RSS

Hapus Amalan Calun "PAYUNG TERJUN" Jika Di Pilih Timbalan Presiden - Khalid Ibrahim



KUANTAN: "Jika saya dipilih sebagai Timbalan Presiden Keadilan yang baru, saya pasti tiada lagi calon payung terjun seperti yang berlaku pada PRU13 lalu.. kita mahu suara akar umbi memilih pimpinan untuk diangkat sebagai calon pada PRU akan datang", demikian kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada Majlis Tautan Kasih di Hotel MS Garden dekat sini malam tadi.  Khalid turut menyatakan beliau berkempen secara profesional dan tidak akan mengutuk mana-mana calon lain seperti yang dilakukan oleh pihak berkenaan.


"Ahli PKR boleh menilai apa yang telah saya lakukan di Selangor", kata Khalid. Beliau menolak tuduhan kononnya dia kedekut dan tidak membantu PKR secara keseluruhannya dengan kedudukan MB Selangor yang disandang beliau sejak enam tahun lalu. 


"Saya diamanahkan jaga duit rakyat.. duit ibu tunggal.. duit anak yatim.. tidak cium bau syurga jika saya gunakan duit rakyat untuk tujuan lain.. sebab iti saya berhati-hati", katanya lagi.


"Sebab itu saya tawarkan bertanding jawatan ini (Timbalan Presiden), kerana sudah tiba masanya saya membantu mantapkan parti secara keseluruhannya, selepas berjaya di Selangor", kata beliau sambil mendapat tepukan gemuruh dari kalangan penyokongnya yang hadir.



Lebih 200 orang penyokong PKR yang dari Pahang dan Terengganu hadir pada program malam tadi. Khalid akan bersaing dengan Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan seorang calon lain bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR kali ini. Khalid turut menolak fitnah yang dilemparkan kononnya dia dibayar oleh UMNO BN dalam isu memeterai perjanjian air Selangor baru-baru ini.  
"Kerajaan Pusat terpaksa bayar harga lebih untuk MOU itu, kenapa pula nak bayar saya.. ini kerja gila... kalau mereka untung tak apalah.. Sekarang meraka tanggung kerugian dek perjanjian itu.. kenapa mahu bayar saya pula", kata Khalid.
Beliau turut mengulas isu pemecatan pegawai kontrak oleh PKNS dan menyatakan deklarasi MRT (Menuju Reformasi Tulen) pada majlis itu malam tadi. Turut hadir ialah calon Ketua Wanita Pusat, YB Rodziah Ismail, Mustafa Kamil Ayub (Calon Naib Presiden), Yahya Shaari (Calon Naib Presiden) dan ramai lagi. 

Ucapan Khalid menyentuh hari hadirin di dalam dewan bila beliau menceritakan apa yang dilakukan untuk membela rakyat di negeri Selangor sejak menjadi Menteri Besar enam tahun lalu. Perkara itu turut disokong oleh Mustafa Kamil dan Rodziah Ismail. Turut menyampaikan ucapan ialah Dato'Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN Pahang). Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Saravanan (PKR Bera) dan Aidil (PKR Kuantan).
 
"Kita perlu menjadi satu parti yang dihormati oleh kalangan rakan-rakan kita. Kalau kita ikhlas dan jujur didalam menjalankan pentadbiran kita akan dengan tidak secara langsung akan dihormati kalangan Pakatan Rakyat."

"Dalam ertikata lain kita lihat PRU 12  di Selangor yang lalu dimana PKR  memenangi 15 kerusi DUN, manakala DAP 13 dan PAS 8.  Dan PKR diberi kerusi Menteri besar untuk mentadbir Selangor." ujar Khalid.

"Berbanding PRU 13 tahun lepas dimana PAS memenangi 15 kerusi manakala DAP 15 dan PKR hanya memenangi 14 kerusi." 

"Kalau kepimpinan kita tidak dihormati, telus dan berintegriti sudah tentu parti sekutu kita tidak akan menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada kita, walau pun mereka mempunyai majoriti yang lebih dari kita." ujarnya lagi.

Program berakhir sekitar jam 11.30 malam dengan sidang media dan kemudiannya Khalid mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa orang pemimpin peringkat cabang-cabang sebelum bertolak balik ke Shah Alam. 




.






.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors