Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam akaun
Twitternya mempersendakan Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan
menulis:
“Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”
“Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”
Beliau menulis sebuah ‘tweet’: “PAS kini sudah berlapang dada dengan
kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk
mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian
Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”
‘Blogger’ tersebut yang menggunakan akaun Twitter @Papagomo mengkritik
dalam Anwar tweet-nya “Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan
Anwar Ibrahim penganal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia
hidup.”
Dia tidak berhenti di situ, apabila dia menambah: “Mintak pihak
@PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh.
Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”
Dia turut menambah dengan bertanyakan pemimpin-pemimpin PAS sama ada
mereka telah memijak mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat
demikian, dan bertanya apa yang mereka takutkan.
Dia juga menulis sepucuk tweet yang dia mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor itu.
Kematian Karpal telah mendedahkan rakyat Malaysia yang tidak berhati
perut, tidak sensitif dan jahat. Mereka juga terdiri di kalangan ahli
politik Malaysia.
Ia dimulakan naib presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang menghantar
mesej berikut di Twitter: “Dalam keadaan kemelut Kerajaan PAS Kelantan
mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikn Karpal
yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!"
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, walaupun mengakui bahawa kematian
Karpal adalah sebuah kehilangan yang merugikan, dengan pantas menuduh
Karpal telah menghina Islam.
Ahli Parlimen Barisan Nasional-Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang
juga pengerusi KTM, juga menghina Karpal dengan menyiarkan gambar muka
Karpal yang berlumuran darah dan sebuah keratan akhbar lama dengan tajuk
"Over my dead body" (langkah mayat saya) berhubung dengan pelaksanaan
hudud yang dicadangkan.
.