RSS

Durian Runtuh Buat Peniaga Taman Sri Muda - Selangor Lulus RM23juta Bina Pasar Moden



SHAH ALAM 19 APRIL: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan berjumlah RM23 juta untuk pembinaan pasar moden baru di Taman Sri Muda.

Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang membawa isu ini sejak enam tahun lalu kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan nyata lega dan gembira dengan perkembangan ini.

Katanya, apa yang penting satu surat hitam putih perlu dikeluarkan bagi memudahkan beliau memaklumkan kepada peniaga dan penduduk setempat.

“Terima kasih kepada Menteri Besar dan Exco kerana meluluskan satu pembinaan pasar baru moden untuk Taman Seri Muda.

“Ia mesti dilaksanakan dan dimulakan Jun ini.
“Kita mengharapkan 2016 siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh penduduk dan peniaga,” katanya kepada Selangor Kini.

Shuhaimi berkata, pasar ini dimulakan sejak tahun 2013 dan 48 unit kedai mengalami kebakaran baru-baru ini yang berpunca daripada litar pintas.

Pada awal tahun ini, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan mengadakan lawatan ke pasar berkenaan dan keputusan untuk membina pasar baru dimuktamatkan pada Februari.

Pasar sedia ada mempunyai 170 unit kedai dengan jumlah 150 orang peniaga.

~ SelangorKini




.



There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors