RSS

Khalid Tempelak Mohamad Hassan, Negeri Sembilan Sepatutnya Beri Air Percuma Kepada Rakyatnya...



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

ISU AIR SELANGOR BARUAbdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.

“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.

“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya menerusi laporan akhbar Sinar harian.

Jelasnya lagi, tawaran dibuat terlalu sedikit berbanding dengan keperluan keseluruhan Selangor yang mana ia memerlukan sebanyak 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.

“Ia ibarat pemberian 10sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.

“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Telok Kemang.



Khalid, jangan sombong sangat...

SEREMBAN 18 April 2014 – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu. 

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing. 

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap. 

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya. 

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya. 

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam. 

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan. 

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya. 

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan. 

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi. 

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor. 

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya. ~ Sinar Harian



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors