RSS

Pegawai Kanan Polis Yang Menentang Kekejaman Terhadap Rakyat Mesir Di Bunuh Dengan Kejam




Seorang ibu, yang ternyata adalah isteri Mayjend Muhammad Abbas Jabar, berbicara di televisi melalui sambungan telepon bahwa suaminya termasuk polisi yang menolak pembubaran demonstran dengan kekerasan. Beliau ingin segera mengundurkan diri dari kepolisian.
 
Jasad Mayjend Muhammad Abbas ditemukan tergeletak di sebuah ruangan kotor pada gedung yang belum selesai dibangun. Bisa dipastikan, polisi ini tidak pernah berada di tempat ini sebelum dirinya dibunuh.

Sehingga diperkirakan beliau dibunuh oleh sesama polisi di ruangan tersembunyi salah satu kantor polisi. Sehingga tidak ada yang mengetahui eksekusi matinya, selain polisi-polisi korup pembela kudeta.
 

Pakaian dinas Muhammad Abbas dipreteli, mungkin sebagai penghinaan bahwa orang seperti dia tidak layak menyandang sebagai polisi. 

Selain beliau, ditemukan juga jasad polisi lain berpangkat Mejar, dan dua Polisi lagi berpangkat Kolonel.









Continue Reading... Labels: , ,


Video Wartawan Belanda Di ROGOL Beramai-Ramai Penunjuk Perasaan Anti Morsi



Petikan dari thesun.co.uk


"A YOUNG female journalist was gang-raped during violent mass protests in Egypt on a night that saw 44 sickening attacks on women.
Five men attacked the 22-year-old Dutch woman in Tahrir Square, Cairo, leaving her in a “severe condition” and needing surgery.
While reports also claimed a grandmother and a seven-year-old child were sexually assaulted.
 
The Dutch woman is thought to have been an intern taking pictures of the protests for an Egyptian organisation.

The attack comes just two years after a leading US reporter was molested by gangs of men while covering demonstrations in the same square."
~ Kaherah: Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita. 

Lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa “cedera parah” dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya. Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual. 

Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah. 

Pengarang Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen berkata: “Sedih melihat suasana revolusi di Dataran Tahrir kehilangan adab, manakala serangan seksual menjadi lazim.

“Tiada polis kelihatan di situ.” 

Berjuta-juta penunjuk perasaan anti Morsi turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir untuk mendesak Presiden Mohamed Mursi berundur.

Video wartawan Belanda di Serang/Cabul seterusnya dirogol.








.
Continue Reading... Labels: , , ,


Dosa - Dosa Dr. Muhammad Morsi Ketika Memerintah Mesir




Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Morsi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Morsi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Morsi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani. 

Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun. 

Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur. 

Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah. 

Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta. 

Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika. 

Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih. 

Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan. 

Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki. 

Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar. 

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu. 

Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira. 

Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir. 

Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir. 

Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat. 

Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran. 

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya. 

Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan. 

Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama. 

Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran. 

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. 

Itulah dosa insan bernama Morsi...



Siapa Dr. Mohd. Mursi?

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
 
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
 
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
 
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
 
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
 
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
 
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
 
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
 
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
 
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.



Continue Reading... Labels: , , ,


Ejen Israel Dalangi Serangan Terhadap Tentera Mesir?



Serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan 15 askar Mesir terbunuh menimbulkan persoalan. 

Antaranya :


1) Begitu ramai tentera Mesir terbunuh. Rekod terburuk sejak 20 tahun.
2) Diserang dikala tentera Mesir sedang berbuka puasa.
3) Israel terlebih dahulu tahu rancangan serangan itu melalui sumber risikan.
4) Kesemua penyerang dibunuh oleh Tentera Israeldalam kawasan Israel.
5) Begitu mudah penyerang menggunakan 2 kenderaan.
6) PM Israel memuji perisikan mereka dan bersyukur kerana tiada orang awam(Israel) jadi mangsa penyerang.
7) Peristiwa ini berlaku dikala  Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslim dan hubungan dengan HAMAS  begitu erat.

KEBARANGKALIAN TEORI :


1)  Seperti serangan keatas WTC September 2001, Israel terlebih dahulu tahu serangan sebelum berlaku.


2)  Cubaan Israel mengadu domba Presiden Mesir dengan Tentera Mesir.



3)  Cubaan Israel mengadu domba Mesir dengan HAMAS.


4)  Hujah Israel untuk mendesak Mesir menutup kembali pintu sempadan Gaza untuk rakyat Palestin.


5)  Israel cuba
"mencipta perang" dengan Mesir untuk alihkan perhatian Mesir terhadap isu Palestin dan Syria.

6)  Israel akan mendesak melalui Amerika agar Amerika mendesak Mesir putuskan hubungan dengan HAMAS.


7) Penyerang adalah Tentera Elit Israel atau Tentera Upahan Israel. Bagi menghapuskan segala bukti, maka penyerang itu mesti dibunuh kesemuanya. Benar, kesemua penyerang di bunuh oleh Israel semasa memasuki sempadan Zionis.


Mesir tidak dapat menyiasat kenderaan dan identiti penyerang kerana ianya
"berakhir" dalam kawasan Zionis.


Tok Pepijat






.
Continue Reading... Labels: , , ,


Najla Mahmud Isteri Presiden Mesir Menolak Gelaran Sebagai 'First Lady Of Egypt'.



Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai  Ummu Ahmed.

Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.


Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya.


"Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya.


Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau "Hajjah," sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.


"Dan jika sekarang saya harus mempunyai sebutan, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'."


Jilbab Mahmoud telah menjadi agenda perdebatan yang mendedahkan di Mesir ketika ia akan menjadi ibu negara.


"Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta."


Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.





Iklan Rosmah Sebagai 1st Lady Of Malaysia Di Akhbar New York Times Yang DiBayar Dengan Wang Rakyat!!1


.
 
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Pejuang Revolusi Mesir Mahukan PAS Di Malaysia (Video)




 

Beliau berbahasa Melayu, sokong Tuan Guru Nik Abd Aziz, mahukan PAS naik memerintah Malaysia Tanah Airku.

Tempat: Medan Tahrir, Kaherah

Masa: Lewat petang, selepas pengumuman Dr. Mursi menjadi Presiden Mesir





.
Continue Reading... Labels: , ,


Nasib Syeikh Al-Azhar Seperti Mubarak?

0 comments


MESIR - Setelah rakyat dan kaum muda revolusioner Mesir menumbangkan Hosni Mubarak, kini giliran Gerakan Pemuda Revolusi Mesir menuntut supaya Sheikh Al-Azhar, Dr Ahmed al-Tayeb pro-status quo, supaya berundur dari jawatannya. Mengapa?

Ketika rakyat turun ke jalan di ibukota Kaherah dan kota-kota di seluruh Mesir untuk meraikan perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak, secara serentak kaum muda Mesir yang antikorupsi juga mendesak Sheikh Al Azhar meletakkan jawatan kerana ia dituduh sebagai ulama yang tidak amanah.

Sampai hujung minggu ini, rakyat Mesir masih meneriakkan "Allahu Akbar dan kata-kata kemenangan seperti "shah yaa Misr" yang bermaksud "Hidup Mesir". Semua kenderaan menyembunyikan hon sebagai tanda kegembiraan.

Jalan raya didominasi anak-anak muda sambil menaiki kereta, merayakan kemenangan sambil menunjuk isyarat dua jari membentuk huruf "V", simbol victory atau kemenangan. Kelihatan seorang aktivis muda menangis sambil memegang sebuah foto seorang anak muda.

"Ini anak saudara saya, ia meninggal terkena tembakan pihak polis yang kejam. Kau adalah pahlawan, mengorbankan jiwamu demi demokrasi dan kejayaan bangsamu," katanya pilu sambil mencium foto tersebut dengan linangan air mata.

Situasi penuh kegembiraan dalam revolusi Mesir ini tidak diendahkan Sheikh Al Azhar yang konservatif dan pro status quo. Tidak hairanlah jika kaum muda Mesir yang revolusioner, mendesak Dr Ahmed Tayeb agar meletakkan jawatan dan tidak layak menyandang sebagai Sheikh al-Azhar sebab sering menyokong Mubarak. Tayeb dianggap para aktivis Mesir sebagai ulama konservatif dan tidak sensitif di atas penderitaan rakyat.

Kenyataan rasmi dari kaum muda Mesir mendesak, "Sheikh, izinkanlah kami untuk menceritakan apa yang terjadi di negeri tercinta ini. Mereka adalah kelompok arogan dan zalim yang rela menumpahkan darah putera-putera bangsa yang menuntut perubahan dan kedamaian."

Di hujung kenyataan itu juga ditegaskan, "Kami bersumpah demi agama, akhirat, al-Quran, ilmu, keberanian, darah syuhada, air mata anak-anak yatim, ibu dan ayah syuhada bahwa putera-putera bangsa dalam aksi tunjuk perasaan gugur syahid demi menuntut pembebasan. Untuk itu, undurlah dari jawatan anda."

Bahagian kenyataan lainnya dari kaum muda itu juga menegaskan, "Wahai Sheikh, kami menyedari bahawa anda termasuk orang yang mendengarkan suara kami dan melakukan hal yang terbaik."
Mereka mengharap agar tuntutan itu dipenuhi supaya menjadi tauladan yang baik bagi para ulama yang terhormat. Para ulama sepanjang sejarah, kebiasaannya bersikap tegas terhadap keganasan orang-orang yang zalim, termasuklah pemerintah.
Continue Reading... Labels:


REVOLUSI MESIR : Malaikat hadir bersama rakyat (video)

1 comments

Cahaya berbentuk seekor kuda dan penunggangnya, yang dipercayai adalah Malaikat yang turun untuk meneguhkan lagi orang-orang beriman dalam perjuangan mereka. Setelah bergerak ditengah-tengah Rakyat yang membuat penentangan keatas regim boneka Zionis, cahaya tersebut beredar dengan naik ke langit.


Apabila orang-orang beriman memperjuangkan Islam sampai ke tahap bulat tekad dan keyakinan, maksima usaha dan teguh tanpa mereda, Allah swt sering mengutuskan malaikatNya untuk membantu menguatkan lagi jiwa dan kekuatan mereka, terutama ketika berhadapan dengan orang-orang kafir atau golongan yanag memusuhi agamaNya.

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang berkata,’Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka istiqamah, turun Malaikat kepada mereka (seraya berkata),’Jangan sekali-kali kamu takut dan jangan bersedih hati. Gembiralah dengan berita Syurga yang dijanjikan kepada kamu’. Kami adalah wali-wali (teman dan pelindung) kamu didalam kehidupan di dunia dan Akhirat. Kamu mendapat apa yang diinginkan oleh jiwa-jiwa kamu … “ (Surah Fussilat : 30-31).

Jika ada pihak yang cuba merasional objek tersebut sebagai cahaya lampu kebetulan, atau foto superimpose dan sebagainya, ia tidak menafikan hakikat bahawa sejarah dan Al-Quran telah menyebut bahawa ia adalah suatu perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Itu sudah memadai sebagai pengajaran dan peneguh jiwa untuk kita.


Intifadhah Mesir 25 Januari 2011.
Dalam Perang Badar, bukan sahaja kewujudan para Malaikat telah sabit (pasti) melalui seerah Rasulullah saw, bahkan Allah swt sendiri telah menyebutnya di dalam Al-Quran. FirmanNya bermaksud, 

“Ketika Tuhan kamu mewahyukan kepada malaikat (pergilah kamu untuk bersama orang-orang beriman berjihad, dan katakan kepada mereka), ‘Sesungguhnya aku bersama kamu’, dan kamu (malaikat) teguhkanlah (jiwa dan semangat) orang-orang beriman. Aku (Tuhan) akan mencampakkan ketakutan kedalam hati-hati orang -orang kafir. Kamu (malaikat) pukullah diatas leher-leher mereka. Pukullah seluruh ubuh-ubun dari kalangan mereka. Ini adalah disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan balasNya” (Surah Al-Anfaal).

Semasa tentera Rusia masuk menceroboh Afghanistan (1978 – 1992) dan meletusnya Jihad Islami zaman moden Abad ke20, banyak kisah-kisah penglibatan para Malaikat diceritakan yang sampai kepada saya. Diantaranya ketika sekumpulan para Mujahideen hampir ditawan oleh tentera Rusia lalu mereka bertakbir beramai-ramai. Tiba-tiba semua tentera Rusia mengangkat tangan tanda menyerah diri, lalu para Mujahideen segera merampas senjata-senjata mereka yang dicampakkan ke atas tanah. Apabila ditanya, tentera Rusia mengatakan mereka lihat ramai tentera berpakaian putih datang untuk menyerang mereka.

Yang menarik dan membangkitkan semangat luar biasa kepada saya ialah kisah-kisah pertolongan Malaikat ini diselang seli dengan kisah-kisah Karamah yang terlalu banyak untuk diceritakan disini, diantaranya sedang sekumpulan para Mujahideen melalaui satu tempat, mereka ditembak bertubi-tubi tanpa henti lantas mereka segera berbaring kerana terlalu banyaknya tembakan musuh kearah mereka. Selepas berbalas tembakan dan mengalahkan musuh, mereka membuka serban mereka dan mendapati puluhan atau ratusan peluru musuh bersarang terkumpul di dalam serban-serban mereka sedang kepala dan badan mereka sedikitpun tidak cedera.
 
DataranTahrir, kini dipanggil Dataran Syuhada adalah tempat meletusnya Revolusi 25 Januari 2011. Seramai 300 orang syahid.
Jihad Islam di  Bosnia Herzegovina tidak kurang kaya dengan kisah-kisah pertolongan Malaikat. Antara yang saya dengar ialah diantara tentera musuh (Serbia) yang ditawan bertanya kepada tentera Mujahideen, “Siapakah tentera-tentera yang menolong kamu tu, saya lihat tinggi mereka 5 meter !”.

Dalam satu kisah yang lain sekumpulan Mujahideen bertembung dengan musuh dan berlaku tembak menembak diantara mereka. Setelah beberapa ketika tidak ada kedengaran tembakan dari pihak musuh. Mereka senyap. Mujahideen menyangka musuh hendak membuat tipu helah lalu mereka terus menunggu dan berhati-hati. Setelah sekian lama menunggu akhinya mereka pergi mendapatkan musuh dan mendapati kesemua mereka telah mati tanpa ada sebarang kesan tembakan mengena anggota badan mereka.
 
Berusaha menjaga anggota dari terkena peluru, batu atau objek-objek yang merbahaya.
 
Berundur jauh sekali.
 
Kekuatan senjata melawan kekuatan jiwa dan keyakinan.
 
“Kamu tidak menunggu dari kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid)” (Al-Quran).
 
“Ketahuilah bahawa kemenangan dari Allah itu dekat” (Al-Quran).
 
Samada hidup mulia atau mati syahid. Adapun hidup ditindas regim boneka Zionis adalah hidup dalam penyerahan diri dan kehinaan. Ia mesti berakhir atau diakhirkan oleh orang-orang yang mengejar kemuliaan.
Jika dilihat dari kisah-kisah diatas, lebih-lebih lagi dari ayat-ayat Al-Quran itu sendiri, Allah swt menghantar pertolonganNya kepada orang-orang beriman berupa apa sahaja termasuk para Malaikat adalah ketika dan setelah berlakunya jihad dan usaha yang bersungguh-sungguh dari diri para pejuang itu sendiri. Ia jarang datang sebelum ianya berlaku, apatah lagi jika sekiranya manusia itu leka, lalai dan meninggalkan tanggungjawab berjuang untuk agama Allah swt. Dalam ayat pertama di atas, ALlah menurunkan Malaikat hanya selepas orang-orang itu berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka istiqamah (tetap teguh) dalam perjuangan Islam.

Memahami hakikat ini juga boleh mengelakkan seseorang dari hanya sekadar mengharap sesuatu kekuatan luar biasa sahaja untuk mendapat kemenangan dalam perjuangannya, tanpa dia sendiri berusaha bersungguh-sungguh kearah mencapainya. Dalam masa yang sama jika Allah swt mengutuskan para MalaikatNya dalam sesuatu perjuangan menunjukkan ia adalah perjuangan yang diberkati dan restui oleh Allah swt.


 “Allahumma nasruka allazi wa’adtana” (Ya Allah, kami memohon kemenangan yang Engkau telah janjikan kepada kami). (Doa Nabi saw sebelum Perang Badar bermula).

Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Bantulah kami dengan pertolongan para MalaikatMu. “Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami. Menangkanlah kami dalam berhadapan orang-orang kafir” (Al-Quran).

IniJalanKu
Continue Reading... Labels:


Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

0 comments

Pagi masih awal.  Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan.  Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi.  Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan.

Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata.  Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga.  Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini.  Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh.  Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup.  Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya!  Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera".  Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi.  Seorang teman saya melawak.  Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip.  Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat.  Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak.  Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu.  Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain.  Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya.

Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak!  Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia.  Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion!  Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat.  Katanya "...asal Melayu tak apa..."

Hosni cuba rasuah kakitangan awam 

Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak (gambar bawah) dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini.  Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati.  Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini.  Rakyat Mesir telah sedar.  Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek.

Telah lama kebebasan bersuara disekat. Ramai pejuang dan aktivis ditangkap dan dibunuh. Ramai rakyat Mesir yang menderita akibat kemiskinan dan tekanan hidup. Pengangguran mencatatkan kadar sehingga 30%.  

Apakah semua ini adalah sebab rakyat malas bekerja?  Apakah ramai rakyat Mesir menderita kerana sumpah Tutankhamun ribuan tahun dahulu?  Tidak.  Ini semua berlaku akibat rasuah, salahguna kuasa dan "bad governance".
Rasuah bermaharajalela di Mesir.  Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain.  Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya.  Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu.

Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir.  Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur.  Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan.  Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator.  Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera!

Demonstrasi solidariti di Malaysia

Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS.  Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri.

Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain).  Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel.  Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini.  Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi.


Apa yang berlaku di Mesir sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh kerajaan yang ada di dunia.  Rakyat Mesir telah keluar dari ketakutan yang menghantui diri mereka selama ini.  Ugutan pihak kerajaan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus teguh mendesak regim Mubarak berundur.

Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998.  Masa itu saya baru berumur 17 tahun.  Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad.  Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD.  Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada.  Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku.

Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi.  Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik.  Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi?


Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza.  Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka.  Apakah makna semua ini?  Ya.  Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya).

Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir?  

Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut.  Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama?  Apa yang telah berlaku sebenarnya?  Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah.
 
Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun.  Isu ini telahpun mendapat liputan meluas.  Tak perlulah saya menjelaskan lagi.  Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain.

Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai "skandal" yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun?  Selain itu,  rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta?
Duit negara dilihat keluar dengan mudah.  Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu "pelaburan" untuk masa akan datang.  Saya yakin rakyat tahu.  Semuanya terang lagi bersuluh.  

Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia.  Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan.

Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat.  Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain.  Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini.  

Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih.  Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara?

Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi.  Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur.  Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat.  Kita  tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir.

*Hafiz Zainuddin ~ penulis bebas

Continue Reading... Labels:


Rejim Yang Zalim Mesti Ditukar!

0 comments

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.
tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg
First Lady Tunisia - Leila Ben Ali

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan.

Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika! Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya.

Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong

Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).
Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat.

Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.
mubarak-image.jpg
Mubarak bersama pemimpin Israel

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

MindaTajdid
Continue Reading... Labels:


Revolusi Mesir: Strategi CFR Menyekat Ikhwanul Muslimin

2 comments




Adalah  sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform ‘kesedaran rakyat’ adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).

Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.



Di dalam video di atas, Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan ‘World Government’ tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara (sebenarnya beliau menipu).

Memahami strategi CFR dalam Revolusi Rakyat Arab?

Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang,  pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.

Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.
Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada.

Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.

Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.


Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak

Situasi  Revolusi Mesir

Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.

Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO  awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.

Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.

Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.

Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.

Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.

Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?

Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.

Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.

Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.

Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir

Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.

Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.

Kesimpulan

Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.

Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.

Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi ‘sintetik’ sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir.  Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama,  maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.

Wallhu’alam…

IbnuYaacob
Continue Reading... Labels:


Khalid Al Islambouli Merubah Sejarah Mesir

0 comments

Seiring dengan isu hangat revolusi di Mesir, ramai yang teringat kepada Khalid Al Islambouli. Meskipun tanpa gelombang tunjuk perasaan, lelaki berpangkat leftenan itu menamatkan pemerintahan Sadat pada 6 Oktober 1981. Alasannya memang tidak terlalu politik. Bukan kerana kepimpinan presiden yang masa itu sudah berkhidmat selama 11 tahun, tapi kerana Sadat dianggap pro-Israel. Kebencian Khalid memuncak semasa Sadat membuat Perjanjian Kamp David yang menguntungkan Israel.

Khalid Ahmed Showqy Al Islambouli ataupun Khalid Al Islambouli, serta adiknya, Mohammed Showqy Al Islambouli,amat dikenali kerana usaha mereka menghabiskan nyawa Presiden Mesir.

Abang mereka yang sulung dikenali sebagai pemimpin kumpulan pembangkang Islam anti Presiden Anwar Sadat.

“Saya sudah membunuh firaun,” ujar Khalid semasa melihat Sadat dipenuhi darah. Pemimpin 62 tahun itu meninggal dunia setelah ditembusi 37 butir peluru. Yang paling banyak adalah peluru dari senapang Khalid.

Kerana, semasa itu dia berada tepat di hadapan Sadat. Tak lama selepas menghabiskan nyawa Sadat, Khalid ditahan dan menjalani proses undang-undang. Akhirnya, dia mengembuskan nafas terakhir kerana dihukum tembak pada 15 April 1982 dalam usianya 27 tahun.

 Masa itu sebenarnya Khalid tidak bertugas dalam perbarisan untuk memperingati kemenangan Mesir dalam Perang Yom Kippur 1973. “Sebenarnya, Khalid Al Islambouli tidak bertugas dalam perbarisan hari itu. Kebetulan, saat itu dia menggantikan salah seorang Brigade Artileri ke-333 yang tiba-tiba uzur,” maklumat Wikipedia dalam laporan onlinenya.

Kononnya, Khalid bertindak selepas mendapat restu dari Omar Abdel Rahman. Rahman adalah ulama radikal yang cukup terkenal di Mesir. Beliau dikatakan mendalangi pengeboman World Trade Center di Amerika Syarikat (AS) pada 1993.

Dalam peritiwa pada 6 Oktober 1981 itu, Khalid berperanan sebagai ketua pasukan,dibantu 23 rakannya.
Aksi Khalid bermula apabila beberapa pesawat pejuang Mirage milik Tentera Udara (AU) Mesir melakukan pertunjukan udara. Pada masa itu juga, Khalid dan pasukannya berada atas lori yang mengangkut mereka.

Ketika itu lori sedang melintas di depan pentas terhormat, tempat Sadat dan beberapa tetamu negara duduk. Dikatakan, Khalid berjaya melepaskan diri dari empat lapis pasukan dan lapan pengawal peribadi yang melindungi Sadat.

Dalam sekelip mata, Khalid tiba di depan Anwar Sadat. Presiden yang terkejut pun terus berdiri. Dia menyangka, Khalid akan memberikan salam hormat tentera kepadanya. Tapi, tiba-tiba tiga bom tangan dilempar kepadanya. Satu di antara tiga bom tangan itu meletup. Sadat pun tumbang. Setelah melihat sasaran utamanya tak berdaya, Khalid dan pasukannya terus menyerang Sadat dengan tembakan.

Semasa Sadat hampir mengehembuskan nafas terakhirnya di pentas kehormat itu, Hosni Mubarak berada di sampingnya. Ketika itu, tokoh 82 tahun tersebut berkhidmat sebagai timbalan presiden.

Dia pun sempat berhadapan dengan Khalid. “Tepi dari hadapanku. Saya hanya ingin menghabiskan anak anjing ini,” herdik Khalid sembil menolak Mubarak yang berada berhampiran Sadat.

Dalam perbicaraannya, Khalid mengatakan bahawa alasannya membunuh Sadat bukan hanya semata-mata kerana tanda tangan Sadat dalam dokumen Perjanjian Kamp David, tetapi, dia juga marah kerana pasukan Sadat menangkap abangnya yang menjadi pemimpin kumpulan pembangkang Islam radikal di Mesir.

Setelah Sadat maut dan Khalid hilang nyawanya di hadapan pasukan tembak, kembali muncul kisah keluarga Islambouli. Pada 22 Jun 1995, Mohammed mencuba menghabiskan nyawa Mubarak yang ketika itu sudah menjawat jawatan presiden. Kali ini, percubaan pembunuhan tersebut terjadi di Habsyah. Sayang, tidak seperti Khalid yang berjaya membunuh targetnya, percubaan Mohammed gagal. Peluru yang dia muntahkan dari senjatanya hanya mampu melukai Mubarak.

Walaupun demikian, aksi nekad Islambouli bersaudara telah menginspirasi kumpulan-kumpulan radikal di beberapa negara. Di antaranya iaitu Brigade Al-Islambouli Pakistan yang disebut bergabung dengan Al-Qaeda, serta Briged Al Islambouli Chechnya di Russia. Pada 31 Julai 2004, Briged Al Islambouli Pakistan melancarkan percubaan pembunuhan terhadap Shaukat Aziz. Manakala Briged Al Islambouli Chechnya mengaku bertanggung jawab atas letupan bom pada dua pesawat Russia pada 24 Ogos 2004.

Video pembunuhan Anwar Sadat :







depetik dari~isuhangat
Continue Reading... Labels:


Penghormatan Buat Para Syuhada Di Dataran Tahrir

0 comments

Rakyat Mesir dari berbagai lapisan masyarakat berkumpul di Dataran Tahrir pada ahad lepas bagi memperingati para syuhada yang terkorban sewaktu mereka diserang oleh penyokong pro Mubarak pada 25 Januari lepas. Mereka juga berikrar akan menukarkan Dataran Tahrir kepada Dataran Para Syuhada.
Mereka telah mengundang ahli keluarga serta saudara mara para syuhada yang terkorban hadir dimajlis yang diadakan, yang juga diikuti dengan solat berjemaah serta bacaan doa yang ditujukan pada mereka yang terkorban ketika diserang sekumpulan penyokong pro mubarak di Dataran Tahrir pada bulan lepas.
Perhimpunan itu  diadakan di markas besar Republik Free Party, yang turut dihadiri  Liberal Party, Peoples Party, turut disertai  ribuan penyokong. Mereka juga sebulat suara menolak sebarang bentuk "campur tangan asing" dalam politik Mesir.

IkhwanMuslimin
Continue Reading... Labels:


Editor Web Ikhwanul Muslimin: Revolusi Mesir Revolusi Rakyat, Tiada Agenda Islam

0 comments

Khaled Hamza

Ikhwanweb: Egypt’s Revolution Is A People’s Revolution And Has No Islamic Agenda

Ikhwanweb: The Muslim Brotherhood’s official English website's chief editor Khaled Hamza  has stated that the current uprising in Egypt is a revolution of the Egyptian people and is by no means linked to any Islamic tendencies despite allegations nor can it be described as Islamic.
Hamza stressed that the revolution is a peaceful one which calls solely for reform and a democratic civil state initiated by youths through the social networking service Facebook away from any Islamist groups.

He criticized allegations and reiterations by some countries that the uprising was Islamic and denounced claims by the Iranian Supreme Leader Mr. Khamenai that this was a sign of an Islamic Awakening inspired by the 1979 Islamic Revolution in Iran.

Hamza maintained that The Egyptian protests are not an 'Islamic' uprising, but a mass protest against an unjust, autocratic regime which includes Egyptians from all walks of life all religions and all sects.

In a related note the elected President of the National Council of Resistance in Iran Maryam Rajavi denounced the attempts by Khamenai to attribute Egypt’s uprising to Iran describing it as a desperate attempt to advocate support fundamentalism and terrorism, describing them as the worst enemy of Islam and Muslims adding “The day will come when they will be forced to let go of the name of Islam”.
Continue Reading... Labels:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors