RSS

Bukti Bangsa MeLAYU Itu Keturunan Yahudi...



Pernahkah anda mendengar pendapat bahawa ada kemungkinan melayu adalah lost tribe yang dicari-cari oleh yahudi Zionis? Suku yahudi ke dua belas adalah musuh utama kepada seluruh yahudi yang ada. Mereka akan membunuh semua yahudi yang ada. Demikian menurut kepercayaan yahudi. Justeru itu Melayu menjadi sasaran untuk disesatkan daripada aqidah Islam sepertimana yang berlaku sekarang.

Pendapat seperti itu bukan dibuat oleh calang-calang orang tetapi oleh ilmuan daripada universiti tempatan hasil daripada penyelidikannya bersama-sama ilmuan negara lain seperti Indonesia. (pengkaji dari negara lain gua tak ingat). Antara yang dikaji oleh mereka ialah DNA orang-orang melayu dan dibandingkan dengan DNA yahudi. Dan keputusan ujian DNA itu adalah positif tetapi ditolak dengan alasan kahwin campur yang berlaku di gugusan pulau-pulau melayu.

Terdapat pelbagai sebab untuk menafikan keputusan DNA tersebut dan antaranya adalah untuk menjaga keselamatan orang-orang melayu. Kewujudan melayu yang berperangai saling tak tumpah seperti yahudi itu adalah kesinabungan daripada asal usul mereka sendiri iaitu berdarah yahudi. Sikap suka memutarbelitkan agama Islam, suka membuat fitnah dan mengadu domba adalah perangai yahudi sejak zaman para sahabat sehingga terbunuhnya Hassan dan Hussain cucu kepada Nabi Muhammad SAW dan munculnya fahaman syiah.

Gambar di atas adalah bukti yang menunjukkan bahawa melayu berkemungkinan besar adalah "the 12th lost tribe" atau suku yahudi ke dua belas yang dimaksudkan.Lihat wajahnya saling tak tumpah wajah melayu jawa. Lihat wajah anak kecil itu pula. Tidakkah jelas bahawa banyak sekali ciri-ciri melayunya?

**Topi yang dipakainya adalah topi yahudi ortodox, agak besar sedikit berbanding topi yahudi moden.**

Dipapar di atas adalah gambar seorang yahudi Bnei Menashe dari India yang berpenempatan di Mizoram dan Manipur yang bersempadan dengan Myanmar. Bnei Menashe mendakwa bahawa mereka terdampar di sana apabila nenek moyang melarikan diri dari dihapuskan oleh Asyrian. Di India sebilangan besar mereka telah dikristiankan oleh mubaligh-mubaligh British. Namun begitu mereka masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka termasuk upacara mengorbankan haiwan.

Chief Rabbi Shlomo Amar (Israel) mengiktiraf Bnei menashe sebagai yahudi tetapi mereka perlu menukar agama mereka kepada yahudi untuk pengesahan keyahudian mereka. ~ Gendang Perang

Nah lihat pula dibawah sedutan video perangai sebenar meLAYU Yahudi yang menampar warga emas hanya kerana perbezaan ideologi...






.
Continue Reading... Labels: , ,


Ejen Israel Dalangi Serangan Terhadap Tentera Mesir?



Serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan 15 askar Mesir terbunuh menimbulkan persoalan. 

Antaranya :


1) Begitu ramai tentera Mesir terbunuh. Rekod terburuk sejak 20 tahun.
2) Diserang dikala tentera Mesir sedang berbuka puasa.
3) Israel terlebih dahulu tahu rancangan serangan itu melalui sumber risikan.
4) Kesemua penyerang dibunuh oleh Tentera Israeldalam kawasan Israel.
5) Begitu mudah penyerang menggunakan 2 kenderaan.
6) PM Israel memuji perisikan mereka dan bersyukur kerana tiada orang awam(Israel) jadi mangsa penyerang.
7) Peristiwa ini berlaku dikala  Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslim dan hubungan dengan HAMAS  begitu erat.

KEBARANGKALIAN TEORI :


1)  Seperti serangan keatas WTC September 2001, Israel terlebih dahulu tahu serangan sebelum berlaku.


2)  Cubaan Israel mengadu domba Presiden Mesir dengan Tentera Mesir.



3)  Cubaan Israel mengadu domba Mesir dengan HAMAS.


4)  Hujah Israel untuk mendesak Mesir menutup kembali pintu sempadan Gaza untuk rakyat Palestin.


5)  Israel cuba
"mencipta perang" dengan Mesir untuk alihkan perhatian Mesir terhadap isu Palestin dan Syria.

6)  Israel akan mendesak melalui Amerika agar Amerika mendesak Mesir putuskan hubungan dengan HAMAS.


7) Penyerang adalah Tentera Elit Israel atau Tentera Upahan Israel. Bagi menghapuskan segala bukti, maka penyerang itu mesti dibunuh kesemuanya. Benar, kesemua penyerang di bunuh oleh Israel semasa memasuki sempadan Zionis.


Mesir tidak dapat menyiasat kenderaan dan identiti penyerang kerana ianya
"berakhir" dalam kawasan Zionis.


Tok Pepijat






.
Continue Reading... Labels: , , ,


umno Siar Surat DS Anwar Pada Soros???..Pasal Nak Cover Surat Mahathir Pada Israel...kahkahkahkah..



Tiga keping surat yang KONONnya dari DS Anwar pada Soros. Kesahihan surat ini masih belum dibuktikan lagi. Ianya tersebar meluas di blog-blog pro umno selepas TIGA PUCUK SURAT MAHATHIR didedahkan. Mereka macam biasa mencanangkan bahawa DS Anwar sebagai penyokong dan juga ejen Yahudi..

Tapi gambar-gambar kat bawah ni yang lansung mereka tak berani siarkan menceritakan segalanya siapa yang sebenarnya talibarut Yahudi. Siapa yang ciumulot dengan Soros Yahudi tu....kahkahkahkahkah....


Begitu mesra Tun Mahathir dengan Soros Yahudi ni. Sudahlah umno..korang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang taik!!!!



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Jingga 13 Hantar Memorandum ke Kedutaan Palestin



Jingga 13 hari ini menghantar memorandum dan bukti adanya kerjasama perdagangan diantara kerajaan malaysia dengan syarikat pekapalan milik negara haram Israel.

Penyerahan memorandum itu dimulai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tabung haji sebelum mereka beramai-ramai bergerak ke kedutaan Palestin di jalan U-thant Kuala Lumpur.

Jingga 13 menyerahkan memorandum dan bukti tersebut sebagai tanda sokongan dan soladirasi kepada rakyat Palestin yang diperlaku secara kejam oleh tentera-tentera Israel.

Penyerahan memorandum itu juga adalah untuk meminta campur tangan dari kerajaan Palestin supaya memberi tekanan dan desakan kepada kerajaan malaysia agar hubungan niaga antara negara malaysia dan Israel dihentikan.

Selain Jingga 13, NGO-NGO lain yang terlibat sama dalam menjayakan penyerahan memorandum tersebut ialah AIC Malaysia (Anwar Ibrahim Club), Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) Dewan pemuda PAS, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Activis 901 dan beberapa badan NGO lain.

Diharapkan dengan penyerahan memorandum tersebut, hubungan dagang antara Israel dan Malaysia akan dihentikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin.
 
 Sumber ~ Tukang Lawan
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Surat-Surat Mahathir Pada Pemimpin Israel Dari 1993, 1997 Dan 1999



Tun Dr Mahathir Kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993

PERDANA MENTERI MALAYSIA                                                           21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997

PERDANA MENTERI MALAYSIA                                                                      14 Mac 1997 

Tuan Yang Terutama 
Tuan Benjamin Netanyahu Perdana
Menteri Israel 

JERUSALEM

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. 

Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD


Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak Yang Baru DiPilih Pada 1999

PERDANA MENTERI MALAYSIA                                                                          8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.


Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad






.


Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


BANTAHAN HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA - ISRAEL : PENYERAHAN MEMORANDUM DAN BUKTI KEPADA KEDUTAAN PALESTIN DI MALAYSIA PADA 2 MAC 2012


No. 63, Jalan U Thant,
55000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
JINGGA 13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012. 
Satu Perhimpunan Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan.d hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012 lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .

Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik . Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin , Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel.

Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel. HUBUNNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP ISREAL.

Justeru sempena kemasukan kapal ZIM ALAMABA pada 29 Februari 2012, JINGGA 13 akan menghantar memorandum dan bukti hubungan dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan kapal-kapal Isreal ke negara Malaysia sebagai soladiriti kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Memorandum tersebut akan turut disertakan segala dokumen , rakaman video dan gambar sebagai bukti bahawa wujud segala pengkhianatan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia -Isreal.

JINGGA 13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat bersama -sama pada 2 Mac 2012 , selepas solat Jumaat beramai-ramai ke kedutaan Palestin bagi menghantar memorandum tersebut . JINGGA 13 menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.

JINGGA 13 memohon maaf terhadap perubahan tarikh yang sepatutnya diadakan pada 29 Februari 2012 sempena kehadiran kapal ZIM ALABAMA di Westports , Pelabuhan Klang yang datang terus dari Haifa , Isreal ke Pelabuhan Klang sepertimana makluman wewaktu perhimpunan aman membantah kemasukan kapal Israel pada 22 Februari 2012 ditunda kepada 2 Mac 2012 selepas solat Jumaat , jam 2.30 ptg di Embassy of the State of Palestine , 63, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.


Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
ketua Koordinator JINGGA 13
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , ,


HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL TANPA INTERAKSI DAN DIPLOMATIK : JINGGA 13 SANGGAH KENYATAAN MUKHRIZ YANG HIPOKRIT




Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera

23 Februari 2012

HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL TANPA INTERAKSI DAN DIPLOMATIK : JINGGA 13 SANGGAH KENYATAAN MUKHRIZ YANG HIPOKRIT

JINGGA 13 menyangkal kenyataan oleh YB Mukriz Mahathir yang menafikan akan kewujudan hubungan diplomatik yang bermaksud tiada interaksi antara kerajaan Malaysia dengan Isreal. Secara dasarnya memang tidak wujud hubungan diplomatik antara Malaysia-Isreal tetapi hakikatnya ialah adalah hipokrit. Bagaimana urus niaga dan dagangan yang cukup besar melalui syarikat perkapalan milik Isreal begitu sewenang menjalankan eksport dan import tanpa sebarang interaksi daripada dua buah negara.

Isu rakyat Isreal yang memegang pasport Isreal tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam negara adalah bukan isu utama. Isunya ialah wujud hubungan dagang antara Malaysia - Isreal. Kenyataan beliau cukup dangkal dan melucukan sebagai Timbalan Menteri . Seolah-olah beliau dilantik kejawatan tersebut bagi meneruskan legasi hubungan yang telah dibuat antara bapa beliau Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Isreal.

Kenyataan YB Mukriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri ternyata bertujuan membohongi rakyat Malaysia bahawa hubungan erat perdagangan dan perniagaan dengan negara Isreal adalah bukti pengiktirafan terhadap negara haram Isreal malah kerajaan UMNO/BN mempunyai hubungan 'diplomatik' yang sudah sekian lama tanpa sebarang halangan .

JINGGA 13 MENCABAR Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut membuktikan akan polisi kerajaan yang membenarkan kapal daripada Isreal yang beribu pejabat di Haifa , Isreal berdagang dan berurusniaga sama ada dengan firma swasta atau sesiapa pun di Malaysia , sedangkan tidak wujud hubungan diplomatik dengan Israel. Kuasa menentukan kehadiran kapal-kapal serta urusan perdagangan dan perniagaan dengan Israel tersebut adalah di bawah Kerajaan Umno/BN . Kerajaan UMNO/BN adalah menentu sama ada membenar atau tidak membenarkan kapal-kapal tersebut ke semua pelabuhan di Pelabuhan Klang termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kenyataan YB Mukhriz Mahathir adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kenyataan oleh pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang mengakui kehadiran kapal-kapal daripada Israel hanya untuk singgah sahaja. Satu kenyataan yang melucukan kerana JINGGA 13 mempunyai dokumen yang disahkan oleh pihak Kastam DiRaja Malaysia di mana wujud aktiviti mengeksport kayu balak menggunakan kapal-kapal Isreal pada 16 Februari dan menyaksi bagaimana kontena -kontena ZIM turun dan dinaikkan ke kapal-kapal milik Zim Integrated Shipping Ltd. Malah lebih menyedihkan ianya berlayar terus daripada Haifa , Israel ke Pelabuhan Klang.

JINGGA 13 mempersoalkan kenapa begitu banyak kontena-kontena milik ZIM Integrated Shipping Ltd di sekitar Westports, Pelabuhan Klang jika hanya kapal tersebut datang untuk singgah. Terbukti wujud perdagangan dan urusniaga yang sudah cukup lama antara Malaysia -Israel.

JINGGA 13 MEMPERSOALKAN tindakan kerajaan UMNO/BN yang bersikap hipokrit , adakah kapal-kapal Malaysia boleh berdagang di Israel? Sedangkan kapal-kapal misi kemanusiaan ke Palestin yang melibatkan rakyat Malaysia dibedil dan ditawan oleh tentera Israel tetapi Malaysia membenarkan hubungan dagangan dengan Isreal. Satu perkara yang cukup pelik.

YB Mukhriz Mahathir adalah merupakan Penyelaras Aman Malaysia yang pernah mengetuai Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia adakah turut bersifat hipokrit untuk kepentingan politik , sedangkan dalam masa yang sama membantu Israel meningkatkan ekonomi dengan mengizinkan kapal-kapal Israel berdagang dan berniaga di Malaysia.

Bukankah perdagangan dan urus niaga tersebut membantu meningkatkan ekonomi negara Isreal yang mana syarikat perkapalan tersebut beribu pejabat di Haifa , Isreal . Bukankah aktiviti tersebut menjadikan Malaysia turut sebagai penyumbang 'peluru dan senjata' untuk tentera Isreal membunuh umat Palestin .

Sikap HIPOKRIT kerajaan UMNO/BN Malaysia ternyata bertujuan untuk membohongi rakyat Malaysia yang membenci keganasan dan kezaliman Isreal yang membunuh tanpa perikemanusiaan terhadap umat Palestin. Pengikhtirafan Kerajaan UMNO/BN terhadap negara Isreal sangat-sangat melampau dan keterlaluan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , ,


Jingga 13: Najib Perlu Jelaskan Urusan Dagang Malaysia-Israel



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan urusan dagangan yang dilakukan antara Malaysia dengan entiti haram Israel yang telah lama berlaku.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berharap Najib tampil untuk membuat penjelasan kepada seluruh rakyat yang telah ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional mengenai pendirian Malaysia dengan negara tersebut.

"Kita kesal kerana selama ini telah dibohongi oleh kerajaan yang selama ini mengatakan menentang kekejaman Israel tetapi pada masa yang sama telah menjalinkan urusan perdagangan.

"Kita mahu Najib tampil beri penjelasan kenapa kerajaan jangan mengambil sikap berdiam diri kerana segala bukti mengenai urusan perdagangan dan kapal Zim itu telah kita perolehi," katanya pada himpunan aman membantah kemasukan kapal hak milik Israel Zim Integrated di West Port, Pelabuhan Klang, petang ini

Tambahnya lagi, kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan West Ports mengatakan kapal tersebut hanya singgah sebelum ke destinasi seterusnya adalah satu pembohongan.

"Rakyat hari ini tidak boleh ditipu lagi, adalah suatu yang mustahil apabila mengatakan kapal tersebut hanya singgah tanpa ada urusan perdagangan sedangkan kita lihat sudah banyak lori membawa kontena menulis perkataan Zim keluar masuk pelabuhan.

"Apa yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini," sambungnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha MTD PAS Kawasan Pandan, Mohd Hafis Razak yang mewakili Dewan Pemuda PAS turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita hari ini kecewa dan membantah hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan, malah jelas selama ini kerajaan hanya berbohong menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

"Ini bukti jelas bahawa wujud hubungan sulit dan bersekongkolnya kerajaan dengan negara rejim itu, kita mahu hubungan ini dihentikan segera jika tidak rakyat akan bangkit membuat bantahan yang lebih besar lagi," katanya.

Sebelum itu, demostrasi bantahan kemasukan kapal Israel itu dihadiri lebih 150 orang yang terdiri dari anggota parti dalam Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk juga wakil Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Dalam ucapan ringkan, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Mohd Ismath turut meminta kerajaan hentikan segera hubungan dagangan mahupun diplomatik secara tidak langsung.

Malah, beliau turut memberitahu kegagalan kerajaan bertindak mahasiswa akan tampil sekali lagi untuk membuat demostrasi besar-besaran di West Ports ini.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan media Ketua korporat West Ports Malaysia, Mejar (B) Manisegaran memberitahu West Ports tidak pernah memberi lampu hijau kepada kapal didaftar di Israel untuk berlabuh.

Beliau turut menyatakan memang ada kapal Zim masuk tetapi hanya untuk singgah, mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.






 sumber


.
Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


Jingga 13 Persoal Kehadiran Kapal Israel Di Westport



Di sebalik kontroversi mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menyokong kepentingan Israel, Jingga 13 mendesak kerajaan pusat memberi penjelasan mengenai kehadiran kapal dagang,dipercayai milik kerajaan Israel di Westport, minggu lalu.

Pengerusinya, Faris Musa berkata, dua kapal milik Zim Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh  di Westport, 16 Februari lalu.

Menurut Faris, dua kapal tersebut merupakan milik Israel Corporation - sebuah syarikat berkaitan kerajaan kerajaan Yahudi itu, yang memegang saham sebanyak 98 peratus.
Tambahnya, Kumpulan Ofer Brothers memegang saham sebanyak 57 peratus dalam Israel Corporation dan selebihnya dipegang oleh Bank Leumi L'Israel dan pegangan awam.

“Dua kapal milik Zim Integrated Shipping iaitu Zim USA dan Zim Atlantic telah berlabuh di Westport. Ia juga telah diluluskan oleh Kastam Diraja Malaysia. Persoalannya sekarang, sebelum ini kerajaan menafikan mempunyai hubungan dagang dengan Israel, tetapi mengapa membenarkan kapal dagang milik Israel berlabuh di negara kita?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Selain Perdana Menteri dan timbalannya, Faris turut mendesak Menteri Pengangkutan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Menteri Luar memberi penjelasan mengenai kehadiran dua buah kapal itu.


Kapal Zim Berlabuh Di Westport 16 Feb 2012
Malah, beliau turut mempersoalkan sama ada dengan memberi kebenaran kepada dua buah kapal itu berlabuh, wujud dasar atau polisi yang membenarkan hubungan dagang dan perniagaan antara Malaysia dan Israel.


"Dua kapal ini datang terus dari Haifa  ke Westport. Dengan kemasukan kapal dagangan ini secara tak langsung menunjukkan bukti kerajaan Malaysia ada hubungan erat dengan Israel. Hubungan dagang ini juga mengiktiraf Israel dan menyediakan senjata serta peluru untuk membunuh rakyat Palestin," katanya.

Sambil menunjukkan tayangan video bagi menunjukkan bukti dua kapal itu berlabuh di Westport, Faris berkata: "Persoalannya, adakah wujud dasar yang beri peluang pada Israel untuk berdagang dan berniaga di negara kita sedangkan ia bertentangan dengan prinsip dan dasar kerajaan Malaysia?”


                                       Bukti Video Dua Kapal Israel Berlabuh di Port Klang

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, dakwaan kerajaan tidak melakukan hubungan dagang dengan Israel adalah tidak benar kerana jika sebuah kapal ingin berlabuh, mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

"Kalau sebuah kapal nak masuk ke dalam negara, mereka perlu mengemukakan sijil kapal itu. Dan sijil kapal ini juga jelas menunjukkan milik Israel.

BUKTI! SAILING CLEARENCE atau nama lainnya 'SURAT BERANAK' untuk salah satu KARGO DARI ISRAEL ke MALAYSIA yang dibawa oleh ZIM ATLANTIC pada 16 Feb 2012 yang lalu. 'SURAT BERANAK' ni dicetak di Pelabuhan Ashdod, Israel pada 2 Feb 2012 dan tertera destinasi penghantaran KARGO tersebut iaitu PORT KLANG, Malaysia.

"Kenapa kerajaan membenarkan syarikat ini beroperasi besar-besaran di negara ini sedangkan syarikat perkapalan milik Malaysia, (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia) MISC hendak ditutup. Kita sendiri tak menjaga syarikat perkapalan kita, tetapi mengiktiraf syarikat lain," katanya.

Justeru, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan di Westport pada 22 Februari bagi membantah sebuah lagi kapal yang dipercayai milik Israel- Zim Europe daripada berlabuh. 




.
Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


Isu Israel: Piagam Madinah Jadi Bukti!



Piagam Madinah yang digubal oleh Baginda Rasulullah SAW yang mengiktiraf kewujudan bangsa yahudi pada ketika itu dengan tidak mengurangkan walau seinci pun hak-hak mereka.

Baginda juga menggubal lebih separuh daripada 47 fasal yg terkandung dalam Piagam Madinah tentang kepentingan serta kebajikan orangg Yahudi. 

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW memiliki sifat terpuji yg amat tinggi dlm kepimpinan dan dialah insan yang benar serta sentiasa menjunjung keadilan!


Isu Israel : Saya Tak Mahu Dilaga-Lagakan Dengan Anwar - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Ketua Pembangkang untuk menjelaskan kepada orang ramai berhubung pendiriannya untuk kekal mengiktiraf negara Israel.

"Soal dia hendak pertahan kenyataan dia menyokong Israel itu dia punya pasal, kenyataan saya mewakili Pas dan dia mewakili PKR," katanya.


Oleh itu ujar Nik Aziz, beliau tidak mahu lagi menjawab soalan wartawan yang mungkin hanya akan melaga-lagakan beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya akan dengar jawapan daripada dia (Anwar), tapi saya tak akan jawab. Saya serah kepada dia sendiri untuk menjelaskan kerana saya mahu mengelak wartawan melaga-lagakan saya dengan dia," katanya kepada media selepas melancarkan program Merealisasikan Amar Maaruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Kelantan, di sini, semalam.


Malah menurut Nik Aziz, beliau juga tidak kisah sekiranya Anwar salah faham mengenai pendirian Pas bersabit isu negara Israel.


Segalanya menurut Nik Aziz akan terjawab apabila beliau bertemu dengan Anwar Isnin ini.


"Ahad malam atau pagi Isnin depan saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Raja-Raja. Kalau Anwar dapat bertemu saya di sana, terima kasihlah,"katanya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan kenyataannya untuk mengiktiraf negara Israel dengan syarat regim zionis itu menghormati hak rakyat Palestin yang selama ini menjadi mangsa Tel Aviv.


Bagaimanapun kenyataan media yang dihantar itu tidak menjawab sepenuhnya tindakan Nik Aziz dan Majlis Syura Pas menolak pendirian beliau menyokong penyelesaian dua negara, iaitu mengiktiraf Israel jika hak Palestin dibela. 




. 
Continue Reading... Labels: , , , , ,


DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL


Bendera Israel di PWTC

Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
14 FEBRUARI 2012




.
Continue Reading... Labels: , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors