RSS

Papa Gomo Pun Mahu Turut Serta Langkah Mayat Karpal!!!



Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam akaun Twitternya mempersendakan Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan menulis: 

“Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Beliau menulis sebuah ‘tweet’: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

‘Blogger’ tersebut yang menggunakan akaun Twitter @Papagomo mengkritik dalam Anwar tweet-nya “Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim penganal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.” 

Dia tidak berhenti di situ, apabila dia menambah: “Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Dia turut menambah dengan bertanyakan pemimpin-pemimpin PAS sama ada mereka telah memijak mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, dan bertanya apa yang mereka takutkan.

Dia juga menulis sepucuk tweet yang dia mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Kematian Karpal telah mendedahkan rakyat Malaysia yang tidak berhati perut, tidak sensitif dan jahat. Mereka juga terdiri di kalangan ahli politik Malaysia.

Ia dimulakan naib presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: “Dalam keadaan kemelut Kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikn Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!​​"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, walaupun mengakui bahawa kematian Karpal adalah sebuah kehilangan yang merugikan, dengan pantas menuduh Karpal telah menghina Islam.


Ahli Parlimen Barisan Nasional-Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang juga pengerusi KTM, juga menghina Karpal dengan menyiarkan gambar muka Karpal yang berlumuran darah dan sebuah keratan akhbar lama dengan tajuk "Over my dead body" (langkah mayat saya) berhubung dengan pelaksanaan hudud yang dicadangkan.



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Hina Mendiang Karpal Singh - MCA Dakwa Otak Zulkifli Noordin Penuh 'SAMPAH’!!!


 

MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.

Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah  “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.


"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.


Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.

"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.

Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!” kata Zulkifli.

Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.

"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai.

"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.

Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. ~ TMI




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Pakatan Rakyat Kehilangan Tokoh Penyatu




Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang YB Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi tadi.

Mendiang merupakan tokoh politik yang amat disegani kawan dan digeruni lawan yang telah menyumbang banyak jasa terutama kepada penyatuan Pakatan Rakyat.

Kredibiliti dan integriti beliau berpolitik berlandaskan prinsip Perlembagaan Malaysia menjadi sumber inspirasi kepada ahli politik generasi baharu untuk memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Sesungguhnya jasa-jasa beliau telah menyuburkan prinsip demokrasi di negara ini dan amat sukar mencari pengganti seperti beliau, yang terbukti komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

Jasa dan sumbangan YB Karpal Singh sebagai pejuang hak asasi dan ahli politik yang banyak mewarnai dunia politik negara ini dengan pelbagai isu akan dikenang seluruh rakyat Malaysia.


YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


17 APRIL 2014



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Karpal Singh Dalam Kenangan



Karpal Singh mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970.Bekas Pengerusi DAP itu kemudiannya bertanding kerusi parlimen pada tahun 1978 serta pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Karpal, 74, yang aktif berpolitik selama 36 tahun turut digelar ‘harimau jelutong’ kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.  

Dikenali sebagai seorang yang pandai berhujah, beliau pernah dilantik menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes liwatnya itu.   

Karpal berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak.  

Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. 

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.  

Pada Mac, Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.  

Pada 2005, Karpal turut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.  

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Karpal maut dalam satu kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira jaml 12:40 pagi tadi. 

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.


Turut terkorban ialah pembantu peribadinya, Michael Cornelius, manakala dua lagi iaitu anaknya Ramkarpal Singh serta pemandu kereta dilaporkan cedera parah. 

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori. 




.
Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors