RSS

Dakwa Rafizi : Rakyat Semakin Yakin Terhadap Skandal Penyelewengan UMNO/BN



Kenyataan Media
JINGGA 13

DAKWA RAFIZI : RAKYAT SEMAKIN YAKIN SKANDAL PENYELEWENGAN UMNO / BN

Tindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli , Pengarah Strategi PKR adalah satu tindakan drastik pemerintah yang bertujuan untuk menutup mulut dan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau khususnya berkaitan Skandal NFC dan Skandal LRT George Kent.

Terbukti daripada tindakan tersebut memberikan satu persepsi baru dikalangan rakyat bahawa wujud segala salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat sehingga pemerintah yang didalangi oleh pimpinan UMNO / BN terpaksa mengambil tindakan tersebut.

Jingga 13 menyelar tindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli dan Johari Osman yang didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) sebagai satu tindakan yang bertujuan untuk menutup pekung dan kebenaran , malah ternyata bersifat tindakan desperado politik UMNO/BN yang begitu ketakutan terhadap siri pendedahan skandal penyelewengan pimpinan UMNO / BN.

Ternyata segala pendedahan dan pembongkaran isu Skandal NFC dan Skandal LRT oleh Rafizi Ramli benar-benar diyakini oleh rakyat apabila suami Datuk Seri Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO telah diheret muka pengadilan dan ini menjadi dendam kesumat yang turut didalangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan salahguna kuasa dan campurtangan beliau dalam memberikan kontrak sambungan LRT Ampang yang diumumkan diperoleh konsortium diketuai George Kent (Malaysia) Bhd. , sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam membuat LRT.

Jingga 13 yakin rakyat semakin bijak dan mampu menilai dengan relevan terhadap apa yang berlaku. Jingga 13 akan terus berdiri teguh bersama-sama Rafizi Ramli dan memberikan sokongan kepada beliau khusus dalam usaha beliau dan Pakatan Rakyat dalam terus mendedahkan segala penyelewengan , rasuah dan kebejatan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang terus mengkhianati amanah rakyat.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors