Papa Gomo Tiada Kaitan Dengan umno ~ Khairy
KUALA
LUMPUR, 13 Feb. - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
menasihatkan masyarakat agar tidak terlalu emosi dalam mendapatkan
maklumat dari media sosial.
Katanya, setiap individu yang ingin mendapatkan maklumat dari media
sosial perlu memastikan ketepatan sumber maklumat tersebut untuk
mengelakkan daripada membuat kesimpulan yang tidak betul berkenaan
sesuatu isu.

"Saya harap agar orang ramai akan mencari fakta-fakta yang benar dan tidak terlalu dipengaruhi oleh sentimen emosi, politik atau perkauman. Di sebalik satu cerita ada sudut pandangan kedua atau ketiga, kita patut dengar, baca dan buat penilaian,” katanya.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti beranggapan bahawa setiap blog politik adalah lidah rasmi parti tertentu.
Katanya, setiap blogger politik mempunyai pendapat mereka sendiri dan apa jua yang ditulis di blog mereka tidak semestinya menggambarkan pendirian parti yang disokongnya.
"Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "katanya.
Khairy turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan blogger Papagomo dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pihak adalah menyekutukan Papagomo dengan BN, sedangkan dia tidak ada kaitan dengan parti.
"Dia bergerak secara sendiri dan kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal beliau," katanya.
.
bhenchod123 26p · 225 weeks ago
bhenchod123 26p · 225 weeks ago
hatta mountain tour · 214 weeks ago
Visitors can have a wide range of options to choose from when it comes to living in Hatta. The options can vary from lodge resorts hotels trailers fully equipped caravans farmhouses and much more hatta mountain tour.
https://desertsafaritours.net/hatta-tour
https://hattadubaitour.com/