KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.
Menurutnya, pendedahan tentang
Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul
Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya
bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan,
Pahang.
Mohd Ariff berkata demikian
ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat
Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.
Mohd Ariff yang juga bekas
Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali
Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta
pentadbiran.
Ini kerana beliau pernah menjadi
orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam
mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan
Raya Umum ke-10 (tahun 1999).
Mohd Ariff yang terkenal dengan
blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam
kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk
mendapatkan sokongan.
Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.
Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.
"Saya ada sebutkan dalam blog
saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana
beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham
Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya
Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato'
Seri Anwar Ibrahim,
"Dia (Najib) tidak pernah
berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri
Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini
tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,
"Najib ini tiada wawasan, dia
ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik
dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani,
dia ini macam lalang," ujarnya lagi.
Beliau juga memaklumkan, sewaktu
bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr
Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya.
Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib.
"Najib ini kebersihan ini tiada
sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak
boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini
ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang
dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi.
Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya.
Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya.
Dalam belanjawan, rakyat dapat
melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100,
yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara,
katanya.
"Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya.
Beliau yakin, zaman 'bayar dan
sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini
semakin sedar akan masa depan mereka.
"Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini.
"Najib ini dia rasuah semua
orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya
dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, "
katanya sinis.
Bercakap mengenai peribadi
Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976
selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun
Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya).
"Selepas Ayahnya meninggal,
barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia
itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis.
Mohd Ariff juga memaklumkan,
Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya,
Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan.- Harakah Daily
.
.