RSS

Skandal NFC Kenyataan Akhbar JINGGA 13‏


10 Februari 2012
 
UNTUK PELABURAN TIDAK BERKAITAN PFK : KEMENTERIAN KEWANGAN DIDESAK JELAS DAN 
DEDAHKAN PERJANJIAN PINJAMAN NFCORP KEPADA RAKYAT 
 
JINGGA 13 meminta agar Kementerian Kewangan memberikan PENJELASAN dan PENDEDAHAN
Perjanjian Pinjaman antara Kementerian Kewangan dan National Feedlot Coporation 
( NFCorp ) kepada rakyat umum .
 
Adakah benar bahawa perjanjian pinjaman mudah RM250 juta kepada NFCorp TIDAK 
MELARANG syarikat tersebut menggunakan dana tersebut untuk ‘pelaburan hartanah’
yang tidak berkaitan dengan industri penternakan lembu sepertimana kenyataan 
oleh Ketua pengarah Eksekutif (CEO) NFCorp Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh .
 
Kenyataan tersebut adalah bercanggah dengan penjelasan yang dibuat oleh YB Thony 
Pua , Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang merupakan salah seorang Ahli Jawatan
kuasa PAC yang menyatakan bahawa Pegawai Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa 
tidak ada sebarang pernyataan membenarkan NFCorp menggunakan pinjaman tersebut
untuk mengumpul harta malah NFCorp tidak boleh menggunakan untuk perkara lain
daripada yang telah ditetapkan berdasarkan objektif projek tersebut . Perjumpaan 
PAC tersebut bertarikh 23 November 2011 juga dinyatakan bahawa Kementerian 
Kewangan tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada NFCorp untuk membeli 
apa-apa harta atau ‘pelaburan hartanah’.
 
Ini ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO NFCorp Wan Shahinur Izmir Mohamad 
Salleh adalah mengelirukan dan berbohong . Malah sejumlah RM62.1 juta telah diguna
kan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil diseleweng dan dipecah amanah dalam 
penggunaan dana rakyat tersebut termasuk pembelian atau ‘pelaburan’ yang tidak 
berkaitan dengan industri penternakan lembu .
 
JINGGA 13 juga mempertikaikan bagaimana pula dengan ‘pelaburan’ yang dibeli dengan
menggunakan wang pinjaman NFC atas nama individu ahli keluarga Datuk Seri 
Shahrizat Jalil? 
 
JINGGA 13 meminta Kementerian Kewangan sewajarnya menyerahkan perjanjian pinjaman 
mudah RM250 juta tersebut kepada pihak SPRM dan PDRM sebagai langkah membantu 
siasatan bagi Skandal NFC yang ternyata menyimpang daripada objektif dan 
perlaksanaan Projek Fidlot Kebangsaan . 
 
JINGGA 13 juga mendesak CEO NFCorp Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh daripada 
mengeluarkan kenyataan keliru dan berbohong yang bertujuan ‘menegakkan benang 
yang basah’ bagi tujuan membela beliau dan ahli keluarga dengan skandal yang 
melibatkan wang rakyat yang diseleweng dan dipecah amanah .
 
 
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
 
 
 
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
 
 
 
. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors