RSS

TERKINI!! Nik Aziz Nik Mat Puas Hati Penjelasan Anwar Ibrahim



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.

Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.

"Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan," kata Anwar.

"Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu."

Nik Aziz pada 14 Februari lalu mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Mengulasnya dua hari selepas itu, Anwar menjelaskan, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

Malah, katanya, kenyataannya kepada WSJ yang juga menyatakan "pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin" tidak disiarkan sepenuhnya.


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors