RSS

Skandal NFC: Mengapa Muhyiddin Tutup mulut?! - Mahfuz



PAS melahirkan kebimbangan dengan pihak berkuasa yang hingga kini tidak menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan turut terbabit dalam meluluskan penganugerahan projek Pusat Feedlot Negara (NFC) kepada syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar berkata, sejak isu ini dibongkar, siasatan oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya berlegar sekitar 'kandang lembu' sahaja.

Sedangkan, Muhyiddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Projek berkenaan yang pastinya tahu bahawa projek NFC gagal, kata Mahfuz kepada Harakah 21 Februari lalu ketika diminta mengulas isu hubungan Muhyiddin dalam skandal NFC.

PAS juga hairan mengapa Muhyiddin dilihat 'sangat kebal' dan seolah-olah langsung tidak mahu menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai skandal NFC, kata Mahfuz.

Lebih mengecewakan, sebelum Perhimpunan Agung Umno 2011 lalu, polis menyatakan dalam siasatan mereka kes ini tidak ada kena-mengena dengan kes pecah amanah, katanya.

"Saya amat pasti, SPRM tidak akan berani memanggil Muhyiddin untuk disiasat.Jika mereka panggil Muhyiddin, maka saya rasa banyak lagi kes dalam skandal ini akan terbongkar," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga melahirkan kecurigaan samada Muhyiddin sendiri akan 'kepentingan' semasa meluluskan syarikat milik keluarga Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno itu untuk menjalankan projek NFC.

Bagi Mahfuz, ia bukan suatu yang mustahil memandangkan Muhyiddin dilihat mengambil sikap 'tutup mulut' hingga kini dalam kes NFC.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi gesaan agar kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak menubuhkan segera Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal NFC ini.

"Dengan Suruhanjaya DiRaja sahaja saya yakin kemelut sebenar mengenai kegagalan projek itu boleh terungkai, dan pihak-pihak yang bersembunyi dalam kes ini akan terdedah," tegasnya. 


.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors