RSS

Isu Pindah Tempat mengundi, Khalid Ibrahim Tak Hilang Kelayakan Tanding DUN Selangor



SHAH ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan pusat mengundi Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghilangkan kelayakkan beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Tindakan tersebut juga tidak menghalang Abdul Khalid untuk terus menjawat jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang. Demikian menurut Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dalam satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

“Itu sebenarnya konspirasi Umno memindahkan nama Tan Sri Khalid ke luar Selangor supaya dia hilang kelayakan dicalonkan sebagai MB.

“Tetapi SPR telah pun membetulkan perkara tersebut dengan mengatakan ini adalah perpindahan mengikut sempadan.

“Salinan kad pengenalan (KP) Tan Sri Khalid ini bahawa alamat di KP beliau di lot 133, Kampung Pasir Kuntum, Bukit Rotan, Kuala Selangor ini adalah alamat kampung beliau dalam KP.

“Jadi disini dari segi kelayakan beliau sebagai MB tidak ada isu kerana memang sah alamat dalam KP beliau di Kuala Selangor, jadi tak timbul isu Tan Sri Khalid hilang kelayakkan sebagai MB atau dicalonkan bertanding.

“Jadi kepada blogger Umno lain kali kena buat kerja rumah lebih sedikit,” kata Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, media internet melaporkan yang kawasan mengundi Abdul Khalid telah dipindahkan daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai. Penukaran kawasan mengundi menimbulkan kerisauan yang Abdul Khalid akan hilang kelayakan bertanding di Selangor. Fuziah turut memberitahu media bahawa bahawa Khalid telah menjadi pengundi di PJS semenjak tahun 1985 lagi.

“Perkara kedua, berkenaan pusat mengundi beliau dipindahkan, sebenarnya beliau tinggal di jalan 16/2 PJ dan mengundi di PJS semenjak tahun 1985.

“Jadi apabila beliau tukar alamat dalam KP beliau ke kampung beliau di Ijok, beliau tidak menukar tempat mengundinya menyebabkan beliau terus mengundi di PJ Selatan.

“Apabila SPR buat persempadanan semula ikut sempadan Wilayah (Persekutuan) dan Selangor, maka secara automatik SPR memindahkan beliau."

Fuziah juga memberitahu bahawa SPR tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membuat persempadanan semula tanpa majoriti dua pertiga parti yang menang di Parlimen.

“Jadi BN tidak boleh menggunakan SPR untuk buat persempadanan semula untuk keuntungan politik mereka kerana mereka telah dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen.”




.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors