RSS

Mahathir: A Living Legend?



Oleh Cakkang Ja

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
 
Bila direnung dan ditafsir kata-kata di atas, nak tergelak di dalam hati pun ada, tergelak realiti pun ada. Tun Doctor Mahathir Mohammad di canang sebagai A Living Legend?

Persoalannya, atas dasar apakah kita katakan bahawa beliau adalah seorang Living Legend? Atas faktor apakah kita berkata yang Mahathir ni seorang Living Legend?
Antara pemerhatian yang saya Nampak bagi penyanjung-penyanjung Mahathir terutamanya di Facebook:
 
1)      Mahathir: bapa pemodenan Negara (ni standed la).
2)      Mahathir: penjana ekonomi Negara
3)      Mahathir: pembela nasib melayu (the malay dilemma la tu)
4)      Mahathir: penyokong kuat Anti-Zionis (ya ka ni?)
5)      Mahathir: memajukan industry tempatan (proton, petronas; ya ka? Hahaha)
6)      Mahathir: transformation dari zaman pertanian ke zaman industry berat (betui?)
7)  Mahathir: pembinaan jambatan pulau pinang, pembinaan lebuhraya, pembinaan menara kl, pembinaan KLCC, dan semua lah bangunan yg moden2 ni semua chedet buat.
8)      Mahathir: Alma matters (yg ni lagi takleh pakai – orang aloq staq tau la pasai ni)
9)      Mahathir: Dasar Pandang Ke Timur (pandang ja la, buat apa pun tak macam japan pun?)
10)   Mahathir: Bersih, Cekap, Amanah (Betui?)
11)   Mahathir: Pembela Agama Islam
12)   Mahathir: Pembela kesultanan beraja (masa kes nizar dulu)
13)   Mahathir: Pembela Keamanan Negara (ISA untuk keamanan Negara?)
14)   Banyak lagi laaaaaa

Sebelum saya membalas balik satu persatu fakta2 di atas, ingin sekali lagi saya singkap kembali antara analisis yang saya dah buat mengenai strategi UMNO yang telah saya kupas sebelum ni.

A)     Konsep pemerintahan UMNO: Pecah dan Perintah
B)      Strategi pemerintahan UMNO: Kumpulkan KEKAYAAN demi mengukuhkan pengekalan parti sebagai pemerintah
C)      Strategi pemerintahan UMNO: Menguasai Media utama Negara; TV, Radio, Akhbar dengan memaparkan semua ideology pemerintah dan MENOLAK ideology yang berlawanan dengan pemerintah
D)     Strategi pemerintahan UMNO: Bohong Lama2 akan Jadi Benar, Benar Lama2 akan jadi Bohong
E)      Strategi pemerintahan UMNO: Menguasai badan-badan kerajaan dengan memaksa mereka menyahut ideology pemerintah: Polis, Badan Kehakiman, Badan Guaman, SPR, SPRM.

Untuk pengetahuan ente-ente semua, semua konsep ini di activatekan atau digunapakai kan bermula era pemerintahan MAHATHIR. Ada yang dah bermula sejak zaman TAR dan disambung oleh Mahathir.

Cuba ente-ente pikiaq sat. Robert Kuok, Anandha Krishnan, Vincent Tan, Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sapakah yang mengkayakan depa2 ni (Allah SWT bagi, tapi melalui sapa?). Mahathir (mana fakta hang dapat? P kaji tengok lah, sapa yang bagi semua2 ni kat depa.) Ok, Mahathir bagi. Tapi pasepa dalam list 10 terkaya di Malaysia, tadak pun nama Mahathir? Yg ada Mirzan, Nazri (adik najib), dan yang tersebut kat ataih ni ja la ada. Dey macha, kalau dah puak2 yg kaya ini dikayakan oleh Mahathir, tak ka Mahathir lagi kaya? Pikiaq skit la noo.

So kesimpulan di atas ialah, Mahathir pun kaya. Mana tak kaya, dasar pemerintahan pun berasaskan pengumpulan harta demi mengekalkan parti, buat apa pun tak pa asalkan dapat duit. So inilah yang dikatakan The Living Legend? Sebab kaya? Kaya sebab duit haram? Kahkahkah

Ok la ni berbalik kepada topic asai, Mahathir The Living Legend?

Telah diibaratkan bahawa ketika zaman Nabi SAW dan Khulafa` Ar-rasyidin, sahabat-sahabat nabi SAW ketika itu diibaratkan seperti Al-Quran bergerak. Maknakata, sahabat-sahabat Nabi SAW menghafaz Al-Quran, dan dalam masa yang sama, mengamalkan ia di mana-mana. Ini barulah dikatakan The Living Legend. Kita ummat Islam. Kita ummat Muhammad SAW. Apa-apa yang mahu dijadikan tauladan, inspirasi, contoh terbaik (Uswatun Hasanah), role model, mestilah berlandaskan Islam dan berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Ini pegangan kita sebagai makhluk Allah SWT yang mengesakan Allah SWT dan mengakui Muhammad SAW pesuruh Allah SWT. 
 
Dan saya tak mau menamakan sapa2 yang sepatutnya kita jadikan role model atau pun, The Living Legend. Tuan-tuan namakan mereka sendiri, tapi dengan syarat berlandaskan Al-quran, sunnah dan keperibadian Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tetap mesti menjadi role model utama kita walaupun baginda dah lama meninggalkan kita. Kita sambut Maulidur-Rasul bukan main gah, tapi ajaran, tauladan, arahan baginda sekoq pun tak ikut. Ada yang ambik separuh-separuh. Hadis dari Aisyah R.A bahawa “Akhlak Rasulullah SAW ialah Al-Quran”. Ini patut jadi pegangan kita sepanjang hayat.

Mahathir, seperti yang saya pernah ulas sebelum ini, tak tumpah seperti Mustafa Kamal Ataturk. Apa yang Mustafa Kamal Ataturk buat sebenarnya?
 
i)                    Beliau mula menyelinap ke dalam system ketenteraan Turki Uthmaniyyah. Dari asal seorang tentera biasa, seawall 17 tahun beliau sudah menjadi Kapten untuk sebuah pasukan. Kemudian dengan pengaruh yang ada beliau menggunakan kesempatan berpakat dengan Inggeris dan Greece, kununnya beliau yang memenangkan perang Turki Uthmaniyyah dengan Greece, walhal sebenarnya ia adalah pakatan yang dirancang awal supaya memenangkan Turki untuk menaikkan nama MKA. Tup-tup lepas ‘menang’, terus dapat gelaran Al-Ghazi (macam pembela camtu la). Dan dinaikkan pangkat lagi menjadi general. Time ni lah dia bergiat politik.

ii)                   Setelah beliau ada pangkat, beliau memulakan aktiviti politik. Time ni laa dia mencanang kan betapa system khilafah tidak berkesan, system khilafah mundur, system khilafah tiada kesefahaman antara rakyat dan pemerintan, Turki mesti mengikut cara Barat (eropah) untuk maju. Tambahan pulak beliau ketika tu dah digelar Al-Ghazi, satu gelaran yang mana tak pernah ada orang Turki dapat selama ini, maka ramailah yang menyokong, menerima dan menyanjung beliau sebagai revolusioner Turki, atau dalam erti kata lain membawa Turki ke era yang lebih maju (kononnya la). Time ni, ulamak2 pun ada yang mengikut telunjuk MKA, sama ada secara sukarela atau pun secara dipaksa. Tapi, tak boleh ditolak hakikat betapa ramai juga yang menentangnya ketika itu, antaranya Syaikh Burhannuddin Said An-Nursi. Kebanyakan ulamak2 yang menentang MKA ketika itu antaranya ramai yang dibunuh, dipenjara, ada jugak dibuang Negara.

iii)                 Bagaimana MKA boleh mendapat kepercayaan Rakyat dan bagaimana Sultan terpaksa mengikut arahan MKA? Adakah Sultan Abdul Hamid II lemah? Tidak. Caranya, cadangan telah diusulkan oleh MKA (juga perancangan dengan British dan Yahudi –Theodore Hertzl), iaitu membentuk Majlis Perwakilan Rakyat.Melalui perwakilan ini rakyat boleh menyuarakan pendapat dan akan dibincangkan usul2 melalui persidangan yang diadakan mengikut tempoh2 tertentu mengikut keperluan. Kunci utama yang perlu diambik tau kat sini ialah, perwakilan tersebut dilantik berdasarkan sokongan terhadap MKA. Maknakata, MKA ambik orang yg sokong dia saja la jadi perwakilan. Kira lepas tu senanglah dia nak buat keputusan, semua keputusan dia pun majlis perwakilan setuju derek.

iv)                 Bila MKA dah menguasai Majlis Perwakilan (ketika tu beliau dah pun menggulingkan Sultan Abdul Hamid II, Sultan Muhammad IV melalui perancangan dengan Yahudi, iaitu membuat huru-hara di Istanbul dengan membakar Al-Quran dan merusuh, dan tuduhan diberikan kepada Sultan Abdul Hamid kononnya baginda sultan yang memberi arahan tersebut – tak masuk akai kan, walhal baginda berpegang kuat kepada ajaran Al-Quran dan memegang teguh bahawa Palestin tidak akan boleh dipijak walau seinci pun oleh Yahudi haram, walaupun dioffer berbillion2 Lira (matawang Turki) oleh Theodore Hertzl), maka beliau ketika itu sudah pun sebulat suara dilantik menjadi Presiden pertama Turki (1924). Time ni lah, MKA mula mengbaratkan Turki. Semua keputusan yang dibuat tak kira lah membabitkan apa pun, mesti sampai ke tangan dia dulu. Antara keputusan pada permulaan 6 bulan pertama yang dibuat:
 
a.       Sekolah Agama ditutup, dan murid2 dipindahkan ke sekolah sains
b.      Bahasa Arab ditukar kepada bahasa Turki (Quran, Hadis)
c.       Pengharaman memakai Serban dan menggantikan dengan topi Koboi
d.      Larangan memakai tudung dan hijab kepada wanita, sebaliknya menyuruh memakai skirt
e.      Kuasa menceraikan tidak lagi di tangan lelaki, sebaliknya wanita jugak berkuasa.
f.        Menghapuskan department Baitul Mal dalam system kerajaan
g.       Menghapuskan department Zakat dalam system kerajaan

v)                  Dalam pada kekuasaan berada di tangan beliau, beliau masih lagi tidak puas hati dan perancangan demi perancangan dilakukan untuk mengbaratkan lagi Turki. Langkah seterusnya berlaku apabila rejim Zionis dan Inggeris telah berkata kepada beliau: “Kami sangat berterima kasih kepada anda kerana banyak yang telah anda buat telah melumpuhkan lalu menghancurkan khilafah uthmaniyyah yang kami perangi beratus tahun, anda hanya mampu lakukan dalam masa sehari saja (penggulingan). Tetapi kami akan lebih mengenang anda sampai bila-bila, kiranya anda dapat mengkristiankan semua Aya Sofia itu, ia adalah luka yang terpalit di hati para kristian sampai bila2”. Disinilah bermulanya MKA bertindak dengan lebih rakus dan sewenang-wenangnya. Walaupun hakikatnya beliau tidak jadi menggerejakan semula Aya-Sofia (setelah tentangan hebat), beliau tetap mengubahnya menjadi muzium buat pelawat luar. Lagi tindakan MKA menyusul selepas itu:

a.       Azan, Solat mestilah dalam bahasa Turki
b.      Masjid2 diroboh
c.    Wang yang diperoleh melalui zakat dan baitul mal (yang telah dihapuskan jabatan mereka) digunakan untuk membeli senjata untuk menyokong Greece
d.      Wang digunakan untuk membuat patung2 Emas MKA dan diletakkan dipelusuk Turki.
e.      Penggunaan Speaker untuk Azan pada waktu subuh diharamkan kerana mengganggu tidur.
f.   Penentang-penentang MKA walaupun ahli majlis perwakilan dibunuh kerana menentang beliau (dibunuh secara sulit)
 
So ini semua adalah antara rentetan-rentetan perlakuan yg dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk terhadap Turki.

Points yang saya nak habaq kat sini ialah:

·         Beliau menyerap masuk ke dalam system khilafah untuk mendapat pengaruh

·         Beliau Berjaya mendapat pengaruh rakyat, termasuk ulamak2

·    Beliau Berjaya menggulingkan kesultanan Islam, dengan alasan kononnya sultan terlibat dlm rusuhan dan pembakaran al-quran (perancangan beliau dengan yahudi)

·       Beliau berjaya mengaburi mata rakyat dengan menggunakan istilah Moden seperti Barat untuk memesongkan pemikiran rakyat dengan mengatakan Islam ialah kemunduran.

·     Beliau menggunakan sepenuhnya badan-badan kerajaan serta media setelah beliau memerintah; Tentera, Polis, Majlis Perwakilan Rakyat, Media bergambar dan bertulis, dan menteri-menteri.

So adakah insan seperti MKA di atas dianggap The Living Legend? Di Mata Barat, Yahudi Laknatullah, YA. Dengan hasil tindakan MKA inilah terbentuknya Negara rejim Haram Israel dan seterusnya. Adakah kita, yang claim Ummat Muhammad SAW bila bulan posa, raya, maulud nabi ngan awal muharam saja ni, nak claim macam tu jugak? Sedaq ka tidak kita, yang kita sedang mengagungkan orang yang menidakkan ajaran Islam di bumi Allah SWT? Sedaq ka tidak kita, yang kita sedang menyanjung orang yang menolak hukum Allah SWT? Sedaqkah kita, menolak hukum Allah SWT hukumnya syirik?

Ok. Apa bukti hang? Apa yang Mahathir buat? Apa benda yang tak elok dia buat? Hat dia buat elok lagu mana? Mungkin dia dah bertobat? Setiap orang pasti buat silap? Dia bukan maksum?

Ok. Tunggu sat no saya buh satu persatu.

Nak fakta ya? Nah ambek!

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). “Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). “Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud”

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam..”

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).” Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)
 
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:
 
"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
 
Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya (Muslim)
 
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."
 
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".
 
NAHHH..tak cukup lagi? Tak puas hati lagi? Hang amik fakta mana ni..takat amik dalam website, dalam blog takyah kira la..Kahkahkah! Ok la jugak dari ngangaaaa ja terima semua bulat-bulat.

Ni belum masuk benda2 lain lagi. Apa kebenda benda-benda lain tu?
·         Ops Lalang – Mahathir dalam review oleh Tom Plate menuding Polis yang melakukan dan membuat keputusan. Adakah beliau lupa, masa tu sapa menteri KDN? Bukan ka beliau sendiri? Dan dalam Akta ISA Seksyen 73 ada menyatakan polis boleh menangkap sesiapa tanpa waran mengikut seksyen 8, tetapi Seksyen 73 (3) juga menyatakan tempoh tahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari. Setiap 30 hari Ketua Polis Negara perlu menyediakan laporan mengenai tahanan kepada menteri KDN. So sapa yang lanjutkan tahanan? Bukan ka chedet?
·          
Peristiwa Memali – Musa Hitam dijadikan kambing hitam untuk membunuh Ibrahim Libya. Arahan dari siapa kalau dah Menteri KDN buat ikut telunjuk sapa? Bukan PM time tu ka? Hanya PM mempunyai kuasa untuk memberi arahan.
·          
Sekolah Agama Rakyat ditutup – pembaratan di lakukan.
·         Perubahan dari jawi ke rumi – tak sama ka macam si MKA kat ataih?
·         Isu kapal Israel dan penjualan kepada Israel – konon kutuk Israel.
·         Pertemuan dengan Bush yang menggunakan Israel sebagai agent – dapat komisyen siap. Orang macam ni hangpa claim kutuk Israel?
·         Fitnah Sodomi 1 ke atas DSAI – Beliau sendiri mengaku memfitnah dan menzalimi Anwar.
·        Isu wang ehsan Petronas ke Kelantan dan Terengganu 1999. Sapa yang halang? Duit sapa yang dihalang?

Dengan peribadi seperti yang dimaksudkan di atas, anda masih mampu menyanjung dan mendokong beliau sebagai THE LIVING LEGEND? Aduih, apa sudah jadi dengan ummat Muhammad SAW?

Lagi sekali betui laaa kata tok guru Nik Aziz, ummat Islam kini semakin jahil

Sekali lagi, renungkan sifat MKA, tindakannya, ideologinya. Semua nya tak tumpah apa yang Mahathir buat di Malaysia. Ideology, tindakan, prinsip semua berasaskan ideology Machiavelli, atau dalam ayat pendeknya, yahudi lah. Semangat kebangsaan, mencanangkan kononnya Islam memundurkan, bersikap pragmatic dan kononnya membela rakyat, tetapi sebaliknya?

So sanjunglah Mahathir bin Mohammad lagi kalau anda sanggup menelan hakikat kita ditipu?
 
 
 
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors