RSS

Memolitikkan Islam, Islam dipolitikkan?



Oleh Cakkang Ja;

Malaysia kita, hari hari berita, politik politik politik. Cemuih jugak hari hari politik politik politik.
 
Sampai ada yang melabelkan politik ini ibarat seketui taik, ahli politik pula berlawan sesama mereka taik sapa busuk lagi. Atau pun untuk kurangkan sedikit busuk itu, dilabelkan sebagai kentut. Kentut sapa lagi busuk dia lah yang menang...? Ini pandangan golongan atas angin. 

Golongan atas angin ini, depa ni sifatnya jenis menerima bulat-bulat faedah, walaupun di samping faedah itu terdapat anasir2 tidak elok. Atau dalam erti kata lain, mereka ini jenih bersyukur dengan apa yang ada (
baguih tuuu..awat tak baguih ka bersyukur?)

Sebagai contoh terdekat, BERSIH 2.0. komen orang-orang seperti di ateh ialah, "ish buat pa la dok berimpun, dok MENYUSAHKAN ORANG betui, jalan jem, hangpa dapat apa dok berimpun tu?" atau pun, "buat apa dok SUSAH2 p berimpun, bersesak sana sini, MENYUSAHKAN ORANG, janji kerja hujung bulan masuk gaji sudah. bukan dapat pa pun".

Golongan ini adalah golongan yang melihat buku dari kulit buku saja, tidak melihat isinya, atau dalam erti kata lain, tak mengkaji atau pun menelaah atau pun, istilah drastik, tak pikiaq habih.

Puak-puak macam ni lagi senang nak kaunta..
sama ada:

a) depa ni kata depa atas angin, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tapi sebenaqnya sokong yang berkenaan (tipu diri sendiri la kira)
b) depa kata depa ambik yang mana elok, yg mana tak elok tak ambik (kira campoq2 la, kalau yang si A buat elok ambik, yg A buat tak elok tak ambik, tapi kira puas hati la dengan prestasi A)

tapi yang penting depa kata, "hangpa dapat apa hangpa duk berimpun tu, ada hangpa buleh apa2? last2 puak2 A dan B kat belakang tabiaq dok bergelak sakan sama2 tengok hangpa mengkelai".

Benda ni bukan masalah dapat kelebihan, dapat faedah atau dapat taik ka apa. Benda ni adalah KEHIDUPAN kita. Adakah depa ni faham ERTI KEHIDUPAN? Kita, sebagai ummat Islam, apakah ERTI KEHIDUPAN kita? sekaldai2 kita pun, tau punya Syurga dan Neraka. Tau bahawa Syurga itu indah, Syurga itu ultimate gift from God. Tau neraka itu dahsyat, ngeri, dan sebagainya. Tapi, jom kita soal diri kita balik sebagai ummat Muhammad SAW (ummat akhir zaman), apakah target kita dalam hidup? soalan ni termasuklah saya soal diri saya sendiri. Ana jamin la, 80-90% kalau disoal secara rambang:

a) kemewahan
b) kemewahan
c) kemewahan
d) dah mewah, baru nak sedekah, semayang, haji apa suma. (sebab la ni mana ada duit lagi).

bila dah ada pemikiran macam ni, lahir lah insan2 yang kira dapat gaji dah cukup baik bagi mereka.

Tahukah anda, Islam bukan agama Ibadah SAHAJA? Islam ADALAH KEHIDUPAN. KEHIDUPAN merangkumi IBADAH, DAKWAH, FITRAH, dan sebagainya yang bersangkut terus dengan hal-hal kita setiap saat. TERMASUKLAH BERPOLITIK. Kerana melalui berpolitik, kita melantik pemimpin kita. Siapa kata bukan tanggungjawab kita melantik pemimpin? Sapa kata? mai mai habaq mai. Kita akan disoal di akhirat kelak siapakah pemimpin yang kita pilih dan berdasarkan kriteria apakah kita memilih pemimpin tersebut.

Mengapa kita berpolitik? Kerana kita mesti kena ada pemimpin yang menguruskan hal kebajikan umum kita sebagai rakyat, memimpin dan fasilitate kita. (satgi ada kata pulak, takkan pemimpin 100%) Ada hal ehwal yang perlu diuruskan untuk kepentingan umum. Senang saja nak jawab soalan ni sebenaqnya. Ana jawab soalan dengan soalan. Mengapa Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah diutuskan kepada ummat mereka?  pandai-pandai hangpa jawab sendiri, dulu upsr kelas PAFA lulus, PMR PAI A, SPM Quran Sunnah dan Syariah Islamiyyah A1. Dan satu lagi soalan, Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul terakhir, diutuskan sehingga akhir zaman. Apa maknanya? jawap2 jangan tak jawab. Dalam khutbah Wida` Rasulullah SAW meninggalkan dua benda, Al-Quran dan as-sunnah. apa maknanya? jawap2.

Mengapa timbul kerapkali, sesetengah isu kononnya 'dipolitikkan'? atau mereke 'mempolitikkan' isu Islam?
haa yang ni ene mau explen sikit.

Mula-mula, cuba kita imbas kembali, setelah pemerintahan Rasulullah SAW, datang pemerintahan khulafa` ar-rasyidiin, kemudian khilafah bani umayyah, bani abbasiyyah, dan terakhir turki uthmaniyyah. di zaman mereka-mereka ini, pemimpin dilantik berdasarkan majlis syura. diangkat berdasarkan persetujuan dan musyawwarah ulama`, kemudian berbai`ah dengan nama Allah. walau seinci pun kesalahan pemimpin tersebut berbai`ah bahawa beliau mesti dijatuhkan hukuman. begitulah amalan dan tradisi berterusan, sehinggalah setelah Mustafa Kamal Ataturk, yang ketika zaman pra kejatuhan Turki Uthmaniyyah, memegang jawatan general tentera, mencadangkan supaya di adakan majlis perwakilan (perangkaan dan idea oleh Theodore Hertzl - pengasas Zionism yahudi laknatullah). Majlis Perwakilan? apa dia ni? apa lagi, wakil rakyat la. atau bahasa moden, demokrasi. 

Apa kena mengena dengan zaman kita? 
Kita, Malaysia kita, dunia kita, semua adalah MANGSA KEADAAN. mangsa keadaan apa? ya lah, tengok lah bagaimana liciknya Yahudi sedikit demi sedikit merosakkan ummat Islam. salah sapa? salah yahudi? SALAH. salah kita sendiri. mengapa salah kita sendiri? sebab kita termakan umpan yahudi. mengapa kita termakan umpan yahudi? sebab kita sendiri sedikit demi sedikit sudah meninggalkan Islam. err, apa dia hang nak habaq sebenaqnya ni?

Kalau kita kaji balik bagaimana kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah (baca buku la), setelah beberapa lama kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih merampas kembali kota Istanbul (dulunya konstantinople), ummat Islam semakin lama semakin tidak taat kepada Allah SWT. (hang tau mana?) Sehinggalah zaman sampai kepada zaman AYAH Mustafa Kamal Ataturk, juga menjadi salah seorang tentera Turki Uthmaniyyah. Beliau sendiri mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam, malah sebenarnya berpura-pura Islam. Tambahan lagi beliau bersahabat dengan Yahudi Dumamah (yahudi munafiq). Mengapa? kerana mereka sendiri tau yang tentera Islam Turki jugak ada yang minum arak, dan sebagainya (melakukan larangan Allah SWT). Dalam erti kata lain, sudah meninggalkan ajaran Islam. Ingat lagi janji Rasulullah SAW mengenai kota konstatinople itu? 

Sabda Rasulullah SAW: “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Apa maqna hadis Nabi SAW di ateh? pasepa setelah 800 tahun tentera Islam try, baru nak buleh?
Apa maqna nabi SAW kata, "sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Hangpa buleh baca kot no..Perkataan SEBAIK-BAIK di sisi Rasulullah SAW ni macamana, level mana. Mestilah yang mengamalkan Islam 100%, pengabdian diri kepada Allah SWT 100%. Pengabdian diri kepada Allah SWT ni bukan kira semayang,posa,zakat, haji ja. Ia merangkumi KEHIDUPAN seluruhnya.  

Semua pun tau Dari Saidatina Aisyah RA,: "Akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran". Rasulullah SAW sebagai pemimpin ulung kita, menjunjung Allah SWT dengan Al-Quran sebagai mediumnya. 

Berbalik kita kepada MANGSA KEADAAN. Kita adalah mangsa keadaan dunia masakini. Perancangan Yahudi yang merancang sejak dulu, salah satu daripadanya ialah mewujudkan semangat kebangsaan (mengambil iktibar mereka bangsa yang berpindah-randah, tiada halatuju). Dan salah satu lagi daripadanya ialah mewujudkan demokrasi. Dan dalam demokrasi inilah kita menjadi mangsa keadaan. Pasepa?

Kerana melalui demokrasi pemilihan adalah berdasarkan wakil yang dilantik, jika elok maka eloklah tempat yang diwakili (umumnya) itu dan jika tak elok maka tak elok lah tempat yang diwakili (umumnya). Walaupun demokrasi dah lama wujud, tapi hanya setelah pembabitan Mustafa Kamal Ataturk di dalam ketenteraan Turki (beliau adalah duri dalam daging kerajaan Turki Uthmaniyyah, menjadi ejen Yahudi di belakang tabir), diserap prinsip demokrasi ini demi menghapuskan system Islam yang telah lama diguna pakai sejak zaman Rasulullah SAW. Pehe?

Walaubagaimanapun,
Perkataan MANGSA KEADAAN tidak boleh dijadikan alasan untuk kita (ummat Islam) mengalah. Dan ummat Islam seluruh dunia tidak pernah mengalah, termasuklah yang terdapat di dalam Negara kita ni. Melalui apa? Anda boleh jawab? Boleh? Saya tolong jawab. Parti yang memperjuangkan Islam lah. (sabaq na, bukan sampai waktu PAS lagi). Dengan mewujudkan parti sebagai medium untuk memperjuangkan Islam (nak buat camna lagi, dah itu saja jalannya), kita boleh bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah SWT, dengan cara? Mengundi Islam lah. Dalam masa yang sama, parti yang memperjuangkan Islam tersebut mestilah istiqamah dalam memperjuangkan Islam di muka bumi Allah SWT. Nampak? Adakah tertubuhnya PAS baru lah perjuangan Islam di Malaysia bermula (haa tu dia keluaq dah PAS)? Salah.

PAS lahir hasil dari gabungan PKMM (Kesatuan Melayu Muda), API (Angkatan Pemuda Insaf – cabang dari PKMM) dan Hizbul Muslimin (diharamkan oleh British). Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Dr Burhannudin Al Helmy serta Ustaz Abu Bakar gunung Semanggol antara orang kuat memperjuangkan Islam dan kemerdekaan ketika itu. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya menuntut kemerdekaan mutlak, iaitu “Tanah ini kita punya, kita yang perintah”. Tiada kemerdekaan yang boleh dicapai melalui rundingan melainkan dipegang tengkoknya (merdeka pada nama,hakikatnya masih dijajah). Apa benda yang hang nak habaq ni, hang tak jawab soalan pun? Sabaq sat. 
 
Apa makna kenyataan di atas? Maknanya di Malaysia ni dah lama dah orang memperjuangkan Islam, dan biasa la, ditentang, oleh siapa? Oleh British lah. Yahudi dan nasrani cuba menghancurkan Islam dengan mewujudkan semangat kebangsaan. Sebab itulah British mengiktiraf UMNO dan tidak mengiktiraf Hizbul Muslimin, PKMM, API, AWAS dan sebagainya. Dan UMNO pulak ketika itu dilahirkan dan disertai oleh golongan elit Negara saja. Eloklah, british pun peganglah tengkok depa ni. Maka merdekalah Malaysia secara rundingan di London, tak pernah wujud dalam dunia. Oleh sebab itu tengkok kita masih dipegang oleh british, dah perlembagaan pun ditulis oleh Lord Reid.

Apa Malaysia saja ka jadi lagu ni? Dak, Turki yang jatuh ke tangan secularism pun ada kebangkitan Islam. Mesir Negara arab, tapi pasepa ada jugak parti seperti Ikhwanul Muslimin? Pasepa palestin ada HAMAS? Adakah mereka menggunakan ISLAM untuk kepentingan politik? Ooo kalau orang luaq buat tak kata, tapi kalau PAS buat kata MEMOLITIKKAN ISLAM. APA SEMUA Ni? PAS dipijak kepala DAP? Apa kebendanya yang hangpa nak racist sangat? Kalau dah PAS parti yang memperjuangkan Islam mesti la dia membangkit isu yang berkaitan dengan ISLAM, dalam masa yang sama memperjuangkan fitrah kehidupan manusia, termasuklah kepentingan orang bukan Islam. Apa kejadahnya nak memolitikkan ISLAM? Apa kejadahnya nak kena pijak oleh DAP?

Hangpa tau ka Vice President of Ikhwanul Muslimin adalah seorang kristian? P search sendiri la..untuk pengetahuan ente2 semua, Ikhwanul Muslimin Mesir mempunyai lebih 1000 orang ahlinya yang beragama kristian. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Di mana? Apa? Slogan Ikhwanul Muslimin adalah “Islam is the solution”. So? Apa point yang hang nak habaq kat sini? Haa, ini membawa maqna yang sangat mendalam. Apa maknanya? Maknanya, even orang bukan Islam pun sudah faham dan terima bahawa golongan yang memperjuangkan Islam boleh memimpin dengan adil, Islam tidak racist, Islam bukan terrorist, Islam bukan kapitalis dan sebagainya. 
 
Dan apa intention Ikhwanul Muslimin lantik seorang kristian sebagai vice president depa? Senang saja, untuk menjaga kebajikan orang kristian lah. Ramai yang menjangka kan di mesir suatu masa nanti akan berlaku Civil War atau pun perang saudara kerana hakikat ini. Ya ka? Hangpa tau mana? Adakah orang kristian saja2 nak menyokong Ikhwanul muslimin untuk satu hari nanti menjatuhkan Ikhwanul Muslimin? Logic? Relevant? Di mesir hanya 10% dari rakyat mereka beragama kristian. Ada berani?

So, point yang nak dihabaq kat sini ialah, tiada istilah Memolitikkan Islam, tiada istilah Islam dipolitikkan, tiada istilah Islam dipijak agama lain. Semua tu hanya permainan kotoq oleh ahli politik yang kotoq. Politik adalah kehidupan dan kehidupan itu termasuk dalam Islam

Terserah kepada hangpa semua samada sanggup menjawab di hadapan Allah SWT yang kita memilih pemimpin yang mengagongkan secularism serta menghina kedaulatan Islam TERANG-TERANGAN. Anda ada pilihan masing-masing.
Masih mahu memilih pemimpin yang menolak Islam TERANG-TERANGAN? Masih mahu memilih pemimpin yang tidak mengamalkan Islam terang-terangan? Sat lagi ada pulak yang akan mai kata, tengok diri sendiri dulu sebelum nak menyalahkan orang lain, siap keluaq ayat Al-Quran surah Al-Hujurat. (pemimpin salah, kena tengok diri sendiri dulu…aduih..terang-terangan)

Ingat, Sekular itu dari manusia, Islam itu dari Allah SWT. Sekular itu dari Yahudi dan Nasrani, Islam itu dari Allah SWT.

Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz:

“Politik itu termasuk dalam Islam, hanya orang yang terlibat dalam politik yang membusukkannya.”

So again I reiterate to say:
THERE IS NO SUCH THING AS POLITICISE ISLAM or ISLAM POLITICISED. ANDERSETENG?

Ini bukan karangan politik. Ini karangan mengenai kehidupan. Jangan salah guna perkataan politik.

Politik itu adalah kehidupan.

Wallahualam.



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors