RSS

6 Pemimpin NGO Yang Tak Sokong Bersih Akan Di Lantik Pemerhati PRU13..Wargkakaka..SPR Nak Menipu Lagi...



KUALA LUMPUR 11 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik enam pemerhati untuk pilihan raya umum ke 13 dari kalangan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain pemerhari luar.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya dijangka bertemu NGO tempatan dalam tempoh seminggu dua ini bagi membincangkan rangka kerja pemantauan.


"NGO yang terpilih harus mematuhi syarat-syarat SPR di mana mereka tidak boleh membantu mana-mana parti berkempen pada pilihan raya itu," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Bersih 3.0 - Mau Apa Lagi' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Menerusi laporan Bernama, beliau turut berkata SPR sebelum ini pernah menjemput pemerhati luar untuk pilihan raya umum pada 1990, iaitu Sekretariat Komanwel serta menggunakan khidmat pemerhati dalam negara melalui satu badan yang dikenali sebagai 'Malaysia For Free Election'.


Wan Ahmad turut mempersoalkan tindakan parti pembangkang yang sering menimbulkan pelbagai isu mengenai SPR tanpa menunjukkan minat serius untuk mendapatkan penjelasan.


Beliau berkata SPR mengadakan majlis penerangan untuk ahli politik dan yang paling ramai hadir ialah ahli politik dari Barisan manakala pembangkang tidak sampai 10 orang.


Wan Ahmad berkata pembangkang lebih suka mengadakan sidang akhbar dan mengungkit segala ketidaktelusan SPR, sedangkan tidak pernah seorangpun daripada mereka datang ke SPR untuk meminta penjelasan.


Katanya, sesetengah tuntutan pada perhimpunan 28 April lepas menunjukkan kepentingan politik semata-mata, dan bukan bagi membantu SPR memperbaiki sistem sedia ada.


Beliau merujuk tuntutan yang mahukan rakyat Malaysia di luar negara mengundi sedangkan golongan ini telah lama meninggalkan tanah air bersama aset kekayaan mereka dan tidak pernah kembali.


Wan Ahmad berkata bagi membolehkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara layak mengundi pada pilihan raya umum, mereka perlu balik ke negara ini sekali dalam tempoh lima tahun.


Beliau berkata dalam senarai SPR, hanya lebih kurang 500 rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pemilih dan mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kedutaan atau pelajar Malaysia.

Hoi Wan Ahmad..Kenapa pulak menolak pemerhati dari luar.. kenapa tak huraikan satu persatu alasan menolak tuntutan Bersih..tak payah nak cakap pusing-pusing...





.
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors