5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar
Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di
Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.
Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.
Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.
“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.
“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.
Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. ~ Sinar Harian

.