Demi survival politik UMNO Anwar mesti
dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan
dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena
politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang
sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai
oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling
berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton,
Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal
dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah
dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998. Sejak itu
nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.
Tsunami
Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3
di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13
dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa
terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA.
Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak
selamat.
Dia adalah penggugat yang
mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda
progresif membina garis baru politik Malaysia - Negara bangsa yang adil
serta hak asasi lebih terjamin.
Politik
UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat
sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya
mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh.
Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam
setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Abdullah
CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai
berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di
dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971
yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika
itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.
Dalam
kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun
Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa
kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad.
Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan
gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Anwar
berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan
Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada
lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau
adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi
malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti.
Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka
dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang
Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau,
Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930
lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka
kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.
Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan
jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi! Dalam hal ini
pilihan yang ada ialah "Anwar" dia mestilah dihapus demi kesinambungan
kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar
sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang
Tionghua untuk memerintah negara ini.
Fitnah
bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh
kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar
siapa lagi yang boleh menyatukan PAS-DAP yang sepanjang sejarah
bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat
sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak
pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru
mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Ternyata isu video lucah
ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak
dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa
ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar.
Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya
sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah
akhlaknya.
Isu video lucah ini
meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti
sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja
tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua
anak-anak kita di sekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim! Bila
mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli
UMNO.
Anwar adalah pemimpin kepada
kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam
derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak
sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak
sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang
demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak
peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini
dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai
sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya.
Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh
dapat duit dari saku rakyat

Ternyata
UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah
lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga
Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah
negara demokrasi iaitu separation of power seluruh lembaga ini
sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar
Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan
BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita
akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung
membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling
berbahaya.
Anwar
tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13
tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya
tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak
henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila
menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan
Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina -
dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu
rendah?
*Tulisan ini dipetik dari blog Tongkat Bahaman.
.