RSS

IZIN PARTI POLITIK BERKEMPEN DI TV - Rais



Kerajaan akan meneliti saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik di negara ini termasuk pembangkang diberikan akses siaran televisyen secara bebas dan adil.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia bagi membolehkan parti-parti berkenaan menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat.


''Kerajaan telah menerima permohonan SPR supaya memperuntukkan masa kepada parti-parti politik berkempen di televisyen. Sebenarnya kita telah menyediakan satu kertas cadangan yang akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.


''Ini bagi mempertimbangkan sama ada saranan itu diluluskan atau dengan pindaan. Ia selaras dengan amalan terdahulu tetapi kita pertingkatkan sedikit supaya setiap parti mempunyai kebebasan untuk menyatakan 'suara' mereka kepada negara dan rakyat,''
katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan ucaptama dan merasmikan Seminar Pemikiran Perdana Menteri: Ke Arah Pemupukan Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Masyarakat - 1Malaysia di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.


Akses kepada media bebas dan adil merupakan antara syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.


Baru-baru ini, SPR memohon kerajaan memberikan masa siaran televisyen kepada semua parti politik ketika kempen pilihan raya umum.


Rais berkata, memberikan akses kepada mana-mana parti politik menyampaikan manifesto di televisyen adalah demi demokrasi dan amalan kesaksamaan di sisi undang-undang.


Tetapi jelas beliau, ia perlu kepada satu perundangan dengan manifesto yang hendak disampaikan mematuhi peraturan asas kementeriannya.

- Kebebasan Media, Bebas dan Adil  adalah satu dari 8 tuntutan Bersih. Yang pasti umno akan melakukan apa saja demi menghalang pakatan Rakyat dari mendapat akses Media Perdana. Ianya seolah menyarungkan tali ke tengkuk umno yang mana pembohongan dan penyelewengan mereka akan lebih terdedah.



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors