RSS

Bersih 3.0: AMARAN - Polis Beri Tempoh Seminggu Untuk Serah Diri



KUALA LUMPUR 9 Mei - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memutuskan memberi masa seminggu bagi kesemua 129 peserta BERSIH 3.0 yang dikenalpasti mencetuskan rusuhan untuk menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, tindakan penangkapan bakal diambil jika senarai peserta tersebut enggan bekerjasama dengan pihak polis dalam tempoh yang diberikan.

Beliau menegaskan, peserta yang terlibat sewajarnya memberi kerjasama dengan pihak polis bagi memastikan proses siasatan berjalan dengan lebih lancar.


Sehingga hari ini, hanya 12 individu yang ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Ini amaran terakhir saya. Jika dalam tempoh seminggu tidak serah diri, kita akan melakukan tangkapan di rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga menjelaskan, pihak polis tidak membenarkan peserta yang terlibat hadir bersama peguam masing-masing dalam tempoh tersebut.

Sebelum ini, PDRM telah mempamerkan beberapa suspeks yang dikenalpasti telah mencetuskan kekecohan dan rusuhan pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu menerusi rakaman video, gambar dan kamera litar tertutup.



 .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors