RSS

Bersih 3.0: Sekat Jemaah Haji..Ini Jawapan Ustaz Zamri Zainal Abidin.....



"Pasal sekatan ke Mekah dan Madinah oleh kerajaan Saudi - kenapa kerajaan Saudi nak tunggu musim Haji baru nak sekat? Kalau dia nak sekat orang Malaysia ke Mekah dan Madinah mereka akan sekat sekarang kerana jemaah umrah lebih ramai daripada jemaah Haji. Jemaah Haji hanya 28 000 setahun sedangkan sehingga kini sudah 240 000 (dari Jan - April 2012) yang menunaikan umrah. 

Seperkara lagi kalaulah kerajaan Saudi benar-2 ambil tindakan menyekat kemasukan jemaah Haji Malaysia, tak kanlah kerajaan Malaysia berdiam diri dengan hanya tahu marahkan rakyat sendiri sahaja? Seperti cikgu disiplin panggil ibu bapa ke sekolah dan membentangkan segala tingkah laku tidak baik anak mereka, ibu bapa hanya kata kepada si anak, "inilah engkau tidak dengar cakap ayah dan mak". 

Kalau itu yang berlaku apakah imej kerajaan Malaysia di mata negara-2 OIC? Mesti kerajaan Malaysia cuba sedaya upaya mohon kerajaan Saudi tarik balik demi imej negara. Jadi pada sayalah, amaran di Utusan Malaysia itu amaran kosong sahaja. Siapa yang buat amaran itu? Maaflah saya dah 3 tahun tidak beli Utusan."


Sehingga kini Kerajaan serta media perdana masih gagal menunjukkan bukti sebenar tentang kenyataan Kerajaan Arab Saudi. Sah kerajaan yang bertunjangkan umno sebenarnya  takut kebenaran isu Bersih didedahkan kepada dunia, walau pun hakikatnya dunia telah mengetahuinya. Dunia hanya menanti dan akan melihat saat tersungkurnya kerajaan umno suatu masa nanti!!!
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors