RSS

Indonesia Akan Bina Menara Lebih Tinggi Dari Menara Berkembar Petronas



Hasrat Indonesia untuk memiliki bangunan komersial tertinggi di bandar raya Jakarta akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai Signature Tower. Ia dibangunkan seorang usahawan terkemuka Indonesia, Tomy Winata.

Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang pejabat dan hotel mewah.

Menurut media tempatan, pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District (SCBD) yang merangkumi kawasan seluas 45 hektar itu, bakal mengatasi ketinggian 452 meter Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada 1998 hingga 2004.



Pembinaan menara tersebut yang menelan kos AS$2 bilion (RM6 bilion), diharap akan mula dibina tahun ini dan disiapkan dalam lima tahun akan datang.

Bangunan itu dirancang oleh perunding-perunding berkelas dunia yang berpengalaman dalam pembangunan menara-menara tinggi dunia.

Usaha membangunkan Signature Tower juga diinspirasi daripada keindahan alam, kekayaan, budaya Indonesia dan akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia.

Berdasarkan senarai 100 menara tertinggi di dunia yang dikeluarkan Majlis Bangunan Tinggi dan Populasi Bandar Institut Teknologi Illinois di Chicago, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia.

Bangunan tertinggi pertama dunia pada masa ini ialah Burj Khalifa di Dubai, yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat.



Zaman Suharto dimana era kegemilangan kroni dan rasuah di Indonesia telah berlalu. Mereka perlahan-lahan membangun dan tak mustahil mereka juga akan meninggalkan negara kita selagi apa yang berlaku ketika ini negara kita dimana rasuah serta penyalahgunaan kuasa masih lagi berleluasa. 
 
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors