RSS

Peluang Pelaburan RM20 Juta Terlepas Kerana Perhimpunan Bersih 3.0 - Nong Chik...HaHa..Anak Dia Dapat Projek RM30 Juta Dia Tak Cakap Pun....



PUTRAJAYA, 26 Mei – Kuala Lumpur terlepas peluang pelaburan RM20 juta selepas pelabur Korea Selatan menangguhkan hasratnya itu berikutan kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata ahli perniagaan Korea Selatan itu menemuinya sebelum perhimpunan dan menyatakan hasrat melabur di Kuala Lumpur namun menangguhkan tujuannya itu selepas melihat keganasan yang terjadi.

“Selepas Bersih, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusannya tetapi jawapan diberi ‘tidak sekarang’ selepas melihat menerusi televisyen keadaan tidak menentu di ibu negara,” kata Raja Nong Chik kepada pemberita selepas merasmikan majlis Segmen Luar Bandar di Perhimpunaan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara di sini hari ini.

Beliau berkata kerugian yang ditanggung tidak termasuk yang terpaksa dialami para peniaga di ibu negara, malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri mengeluarkan belanja RM300,000 membaiki kerosakan yang berlaku semasa perhimpunan.

Katanya, kerugian tidak termasuk kos yang terpaksa dibayar kepada Alam Flora untuk kerja pembersihan sampah yang ditinggalkan oleh ribuan penyokong Bersih.

Raja Nong Chik berkata ratusan ribu ringgit terpaksa dikeluarkan untuk membersih dan menyusun kembali kawasan yang terjejas selepas perhimpunan haram sebelum itu, Bersih 2.0, pada 2011.

Beliau menjelaskan walaupun Dataran Merdeka sebuah kawasan awam, ia merupakan tapak bersejarah dan menjadi tanggungjawab DBKL menjaga dan melindungi kawasan itu.

“Kalau hendak demonstrasi kita beri mereka tempat seperti dalam stadium. Perbuatan mereka menyalahi Akta Perhimpunan Aman sedangkan akta itu telah menetapkan tempat-tempat berhimpun yang dibolehkan,” katanya.

“Perhimpunan yang telah dibuat di kawasan terkawal seperti Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, tidak diganggu oleh pihak berkuasa, tetapi penyokong Bersih berkeras hendak ke Dataran Merdeka sedangkan dataran tersebut adalah kepunyaan orang ramai dan pelancong,” katanya.

Raja Nong Chik berkata penyokong Bersih tidak sepatutnya memutar belitkan fakta dengan menyatakan Dataran Merdeka adalah hak rakyat dan mereka bebas berbuat apa sahaja sedangkan kebebasan itu juga milik orang ramai yang cintakan keamanan. – Bernama



Anak Nong Chik dapat projek RM30 juta

 


KUALA LUMPUR 17 Mei: Belum reda skandal projek lembu kebangsaan yang diseleweng bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil melibatkan RM250 juta wang rakyat, kali ini satu lagi pendedahan membabitkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Ironinya kedua-dua pimpinan Umno ini sinonim dengan Lembah Pantai.Sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ini bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana, 26, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.

Dilaporkan, beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 unit saham. Bermakna, secara praktikal, beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.

Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa, sumber dipetik.

Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di sini!
.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors