Dizaman persekolahan dulu saya pernah berpeluang mendengar hujah-hujah dari Lawyer David
Marshall pada suatu perbicaraan diKuala Kangsar. Saya sangat
kagum dengan cara David Marshall melawan kes yang beliau bela
sehinggakan saya menanam cita-cita untuk menjadi seorang Peguam
suatu hari nanti.
Cita-cita itu masih subur dalam
jiwa saya dan tidak mustahil suatu hari nanti saya merupakan
seorang yang paling tua “called to the
Bar“ kerana sekarangpun saya sudah 65.
Zaman sudah berubah
dan saya lihat sudah ada Peguam lain yang lebih hebat.
Beliau yang saya maksudkan ialah Dato` Ambiga
Sreenevasan. Beliau pernah mengetuai Majlis Peguam dan yang
terakhir beliau begitu sinonim dengan perkataan Bersih. Tidak
kira Bersih 2.0 atau Bersih 3.0 bila disebut saja
siapapun akan terbayangkan Ambiga.
Beliau kini sudah
lebih popular daripada Artis. Dengan yang demikian ramailah
yang hendak tumpang popularity dan mencari keuntungan
daripadanya. Ada yang percaya berniaga Burger
dihadapan rumah Ambiga akan dapat untong besar. Begitu juga
jika ponggong kita mahu ditonton oleh ramai orang,
pergilah pamerkan dihadapan rumah Ambiga.
Saya
berharap Dato` Ambiga dapat terima semua itu sebagai satu
compliment terhadap kehebatannya. Seperkara lagi, saya ni
tidaklah sebijak Merdeka Centre atau lain-lain
Penganalisa Politik tetapi saya yakin dan percaya didalam PRU
ke 13 nanti Dato` Ambiga akan menang Kerusi Parlimen tidak
kira dimana beliau bertanding.
Akhir kata, saya mahu
melihat Dato` Ambiga terus dengan Agenda Bersih selagi
perjalanan Pilihanraya masih belum telus dan adil. Perasaan
cemburu terhadap kehebatan seseorang itu bermaksud Kagum
dan Bangga. ~ Ahmad Zawawi
.