RSS

'Blogger Cucumatkilau' Terkilan PAS Lebih Utamakan 'Artis' Sertai Parti Itu Daripada Mereka Yang Sekian Lama Konsisten Dalam Perjuangan !!



KUANTAN, 17 Mei - Parti Islam SeMalaysia (PAS) digesa tidak terlalu taksub menganggat golongan artis menyertai mereka bagi menarik sokongan generasi muda menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Demikian ditegaskan oleh bekas calon PKR di DUN Kemayan (PRU-12) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli, 41

Beliau yang juga merupakan seorang blogger yang turut menyumbangkan banyak artikel berkata demikian dalam posting terbaru beliau di laman sembang sosial facebooknya hari ini. 

"Terkadang CMK jd hairan.. Apakah Parti PAS itu mencari populariti dan glamor smata-mata.. Orang yang telah lama berjuang dan konsisten dalam perjuangan terlalu sukar untuk sertai parti (PAS) .. hanya kerana mereka tinggalkan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dekat dua tahun hantar borang keahlian smpai sekarang tak diproses.. Tetapi bila ARTIS.. pagi hantar borang.. petang sudah LULUS.. terkadang, belum lulus lagi sudah diusung ceramah sana sini. Apakah ini budaya yang mahu diperkenalkan kepada generasi muda.. Artis lama2 ditarik sertai PAS... 

Ke mana arahnya para pejuang yang setia dengan perjuangan Islam itu sendiri agaknya. Jika sokongan orang muda digunakan ARTIS, maka apakah kita yakin mereka ikhlas menyokong perjuangan?. Maka itu, berhati-hatilah dalam membuat tindakan demi masa depan parti itu.. Terkadang kita perlu berani menegur dan menerima teguran... biar pun pahit untuk ditelan.. Inilah yg terjadi kepada CMK sebenarnya.. Jika ini fitnah... lupakan. 

Tapi ini kenyataan dan realiti... Jika begitu, lepas ni ramai lagi ARTIS yg dah "merudum" akan diangkat sebagai pejuang dalam PAS.. hanya DECLARE jer... CMK amat terkilan dgn situasi ini... CMK dah 13 tahun berjuang.. 4 kali cuba utk declare dan hantar borang PAS.. smpai skrg masih tiada jawapan yg pasti.. Beginikah agaknya nasib seorang pejuang rakyat?.. Maka fikirkanlah wahai sahabatku semua", katanya.

Difahamkan, beliau kini akhirnya terpaksa bergerak sebagai aktivis bebas gara-gara permohonan untuk menyertai parti itu tergantung hampir dua tahun lamanya. Malah, paling menyedihkan beliau dikatakan gagal sertai PAS kerana Pakatan Rakyat mempunyai perjanjian bahawa mana-mana ahli yang keluar tidak dibenarkan sertai lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah ini caranya yang dituntut dalam agama Islam. Keluar parti seolah-olah seumpama keluar agama. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan hilang keyakinan kepada PAS selepas ini. 

Memang ramai ahli PKR yang tinggalkan parti itu dihalang sertai PAS atas dasar prinsip kesepakatan antara komponen pembangkang. Kini, blogger Cucumatkilau berkemungkinan besar akan terus bergerak sebagai aktivis atau menyertai mana-mana parti politik lain yang bersedia menerima kehadiran beliau. PAS digesa mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan jangan jadikan peraturan itu sebagai hukum atau fatwa untuk menghalang pihak lain bersama dalam perjuangan yang mereka dokong. ~ PDO

 
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors