Sampai jer rumah sebentar tadi terus periksa peti surat, ada sekeping kad ucapan Hari Raya dan jemputan ke rumah terbuka dari Najib dan umno Selangor. Lama juga tak dapat kad raya manual sebegini, semacam sudah jadi klasik pulak bila dapat kad raya manual.
Yang menariknya logo parti serta tertera BUTIRAN MAKLUMAT PEGUNDI juga dipaparkan pada kad tersebut. Jelas kad tersebut dihantar secara rambang kepada orang ramai dengan menggunakan alamat dari butiran SPR. Selain aku pasti ramai lagi orang lain khasnya pengundi yang beralamat di Selangor yang menerima kad jemputan ini.
Terima kasih atas jemputan tersebut juga Selamat hari Raya buat Najib serta umno Selangor. Mungkinkah inilah Sambutan Hari Raya yang terakhir buat Najib sebagai PM.
.