RSS

PAS Di Cabar Laksanakan Hudud Di Kelantan, Kedah: Abdul Shukor Idrus, Ketua Penerangan umno Selangor. apa punya bodoh mamat ni!!!



SHAH ALAM: Umno Selangor menggesa PAS melaksanakan hudud di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu sekiranya benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hukum tersebut.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata parti itu boleh melaksanakan hudud di dua buah negeri yang ditadbir iaitu Kelantan dan Kedah melalui Jabatan Agama Islam di negeri-negeri tersebut yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri atau Sultan.


"Saya dah dengar setiap kali pilihan raya umum akan timbullah isu hudud ini yang dimainkan khususnya oleh pemimpin PAS bagi menarik sokongan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam yang kononnya mereka adalah pejuang Islam yang sebenar.


"Kalau PAS benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud, mereka boleh laksanakan di negeri yang diperintah oleh mereka melalui jabatan agama Islam masing-masing dan dikuasai peringkat negeri masing-masing dan diketuai oleh Yang Dipertua Negeri atau Sultan," katanya
.

Sambil menyifatkan kenyataan pemimpin PAS berkenaan hudud untuk meraih undi semata-mata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang tidak menolak kemungkinan ia berpunca kerana sokongan orang Islam dan Melayu semakin berkurangan ekoran situasi politik dalaman parti itu yang bergolak ketika ini.

"Kelantan yang diperintah lebih 20 tahun pun tidak dilaksanakan hudud sejak hari ini, bila dilihat begitu bererti hudud yang diutarakan ini adalah sebagai gimik untuk mengalihkan pandangan umat Islam dan umat Melayu khususnya supaya menyokong mereka bukan ada keikhlasan nak buat hudud ini pun oleh mereka.


"Oleh itu saya merasakan dalam menghadapi pilihan raya hampir ini maka mereka timbulkan lagi (hudud) apabila mereka melihat bahawa sokongan orang Islam dan Melayu yang ada berkurangan kepada mereka diatasi situasi politik dalam parti mereka untuk menarik ataupun mempengaruhi orang Islam dan Melayu untuk menyokong mereka," ujarnya.


Jelasnya, sehingga hari ini PAS telah menguasai beberapa buah negeri tetapi mereka tidak mampu untuk melaksanakan walapun negeri itu mempunyai 90 peratus barangkali orang Melayu dan Islam pun tidak boleh laksanakan.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa Datuk Abdul Rahman Palil menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu melaksanakan hudud mengikut proses demokrasi.


Pada masa sama, beliau yang juga bekas Exco Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Selangor pada Mac 2004 lalu, turut mempersoalkan tindakan Presiden PAS seolah-olah tidak mempunyai pendirian tetap.


"Ini soal hudud ke soal hukum, hudud ini soal hukum bukan soal demokrasi. Kenapa hari ini PAS baru nak cakap soal demokrasi baru nak melaksanakan hudud, dia sendiri pun tak ada pendirian. PAS tiada pendirian, bermakna PAS sebuah parti Islam bila isu hudud timbul ia lebih kepada gimik politik sebenarnya PAS itu sendiri pun tak mampu, tak mampu (hendak) buat dan dia sendiri sudah tersepit dengan Dap.


"Pemimpin-pemimpin mereka pun sebenarnya bertelagah sesama sendiri, bermakna Islam PAS ini bukan Islam sebenar Islam politik, dia (pemimpin) tak fikirkan soal masa depan Melayu, tak fikir masa depan Islam, tak fikir soal hukum yang pernah dinyatakan satu ketika dahulu, hari ini dia (pemimpin) langgar balik," jelasnya.



JAWAPAN  KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DI LAKSANAKAN OLEH PAS KELANTAN DAN KEDAH.

Islam di Malaysia adalah Islam'yang ditadbir dan bukan Islam yang mentadbir sebab anak-anak sekolah juga diajar perkara ini. Misalnya dalam subjek kenegaraan Malaysia dalam pengajian Am 1 Peringkat STPM,antara lain pelajar di ajar bagaimanakah agama Islam ditadbirkan dimalaysia.

1. mengikut Perlembagaan Persekutuan,agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.

2. setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran agama Islam masing-masing
3. setiap Negeri juga membentuk Majlis agama Islam yang mengandungi tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai Badan Perundangan Islam yang
sebenar di Negeri itu.
4. tugas utama Majlis agama Islam termasuk

a) membuat peraturan-peraturan mengenai agama Islam

b)Mengeluarkan Fatwa
c) Mentadbir masjid dan sekolah-sekolah agama.
D) Mengutip zakat,fitrah dan bayaran yang lain yang diwajibkan oleh orang Islam
e) mengurus wakaf
5)Disamping itu sebuah Jabatan Agama Islam yang mengandungi Pegawai-Pegawai Kerajaan juga dibentuk untuk membantu Majlis Agama Islam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan Persekutuan juga menghadkan pemakaian undang-undang Islam.

1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri
untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran agama Islam termasuk
Mahkamah Syariah bagi Negeri yang berkenaan.

2) Bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat Islam dan mengenai pengamalan ajaran Islam setakat ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.

3) Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965(pindaan 1984) telah menghadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara sehingga tiga tahun,hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat sehingga enam rotan.

4) Mengikut suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988,Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak mempunyai kuasa Kehakiman keatas
perkara-perkara yang telah menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Dinyatakan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad

1) Bidang kuasa sivil meliputi:
a) Perkahwinan
b) Penceraian
c) Nafkah anak dan Isteri
d) Pewarisan harta
2) Bidang kuasa jenayah meliputi:
a) Kesalahan Matrimoni seperti tidak taat pada Suami
b) Kesallahan hubungan seks seperti persetubuhan haram,berkhalwat dan pelacuran.
C) Kesalahan minuman keras seperti menjual dan meminum arak.
D) Kesalahan keimanan seperti tidak Solat Jumaat,tidak berpuasa atau
tidak membayar zakat.
E) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftar masuk dan keluar Islam.
F) Kesalahan berhubung dengan perjudian.

WALAU APAPUN PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGERI YANG DIBUAT DAN DILULUSKAN OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERIPERUNTUKAN :

TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN
 
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000. 6 ROTAN

 
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN



Kalau adun Kuang ni faham lagi dia patut semak Perlembagaan Perseketuan sebeluM membuat kenyataan yang memalukan dirinya sendiri.

Berikut ialah ancaman serta ugutan dari pemimin2 umno yang keras menentang hudud.

Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992: “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93: ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99: ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.
 

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.: “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” 

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994: “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”


Lagi koleksi umno /bn hina Islam disini(klik) 


.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors