RSS

Setelah Berjaya MENUMBANGKAN Shahrizat, Nong Chik Beralih Untuk 'MENAMATKAN' Nurul: DENGAN APA JUA CARA!




Sejak dakwaan mengejutkan bekas Pegawai Pilihanraya yang bertindak berat sebelah, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah menghantar aduan bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan atas kebimbangan ini mungkin mengancam peluangnya pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi sehingga kini beliau belum lagi menerima sebarang maklum balas.

Ini telah mengalihkan perhatian kepada Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak popular tetapi bercita-cita tinggi untuk mencabar Nurul untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai yang popular itu.

Dahagakan kuasa selepas menjadi menteri

Malah, spekulasi bertiup kencang bahawa Nong Chik telah menyalahgunakan kuasa menteri dan bermain kotor untuk memastikan Nurul kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Dia dituduh memberi arahan kepada seorang pegawai SPR penyangak - untuk menyokong cita-cita politiknya, akan dilantik untuk mengetuai proses pilihan raya di Lembah Pantai pada pilihanraya yang akan datang, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"RNC mungkin seorang yang kecil dari segi fizikal tetapi dia mempunyai ego yang besar dan penuh dengan tipu daya. Dia mahu memenangi kerusi itu tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Orang bawahannya berkata, dia telah banyak menaburkan wang di merata-rata tempat dengan berselindung di sebalik wang 'bantuan'," beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Mengapa dia harus berpuas hati dengan kuasa dengan tiket sebagai Senator yang mempunyai jangka tetap selama 2 tahun. Selepas itu, dia terpaksa bergantung kepada ketuanya untuk kerjaya politik. RNC telah merasa kuasa sebagai Menteri dan dia ingin memegang jawatan itu untuk jangka masa yang lebih panjang Untuk itu, dia tahu dia perlu mendapat mandat sendiri. Umum mengetahui bahawa Umno telah sibuk mencanangkan bahawa Lembah Pantai sudah berada dalam genggaman Umno. Dari situ, anda boleh membuat kesimpulan sendiri "

Dahulu Shahrizat, sekarang Nurul

Ini bukanlah pertama kali RNC atau lebih dikenali sebagai Nong Chik dituduh menggunakan muslihat kotor untuk mendapatkan kuasa politik. Bukan sahaja penyokong Nurul mengadu tentang mainan politik kotornya, rakan sekerjanya sendiri, Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Wanita, juga dipercayai telah tersungkur di tangannya.

Walaupun menafikan tuduhan, RNC dibelenggu desas desus bahawa dialah orang yang mendedahkan skandal yang akirnya menyaksikan kejatuhan RM250 juta NFC, yang telah menyusahkan keluarga Shahrizat. Suaminya telah disiasat kerana pecah amanah dalam projek ternakan lembu negara, manakala tiga anak mereka belum lagi jelas nasib mereka kerana masih boleh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penyalahgunaan kuasa dan menyalahgunakan dana awam.

Walaupun Shahrizat sendiri tidak didakwa oleh SPRM, kerjaya dan reputasinya kekal hancur. Walaupun segala usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelamatkannya, pemerhati politik yang berpengalaman meramalkan kerjaya politik Shahrizat sudah terkubur.

Bagi ramai pihak , kejatuhan Shahrizat sememangnya patut dan hukuman yang telah diterimanya setakat ini belum mencukupi atau setimpal dengan rasuah NFC yang terbongakr setakat ini. Walaupun begitu, penyokong kuat Umno masih terkejut dengan taktik kotor yang dilakukan oleh RNC, yang sendirinya juga pernah dituduh menyalah gunakan kuasa dan memberi manfaat kepada keluarganya melalui cara rasuah. RNC telah menafikan penglibatannya dalam mana-mana kes rasuah tetapi tidak dapat menepiskan syak wasangka bahawa dialah yang membocorkan skandal NFC – bukan untuk melaksanakan pembaharuan atau memerangi rasuah - tetapi untuk menyingkirkan saingan politik.

Sesetengah kelompok Wanita UMNO yang pro Shahrizat berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya 'terlepas', namun masih marah pada Najib dan RNC. Ini adalah kerana RNC yang telah berusia 59 tahun tidak mempunyai latar belakang politik yang jelas tetapi telah dipilih Najib sebagai Senator dan dijadikan Menteri penuh pada bulan April 2009 apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi.

Terselamat walaupun skandal NFC memalitkan lumpur pada UMNO

Seorang akauntan terlatih, RNC dilahirkan di Perak tetapi menerima pendidikan di Sekolah Lelaki Methodist Kuala Lumpur dan kemudian di Victoria Institution sebelum belajar di Maktab Tentera DiRaja. Najib dipercayai telah memilihnya daripada calon-calon lain yang bertanding kerana dia percaya RNC datang dari keluarga politik lama yang mantap - sama seperti dirinya!

Mungkin ini juga kenapa RNC, yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai, tidak terjejas walaupun partinya dikecam hebat atas kes rasuah besar-besaran NFC terbongkar, di mana keluarga Shahrizat, dituduh membeli kondominium dan hartanah mewah yang lain untuk diri mereka sendiri dengan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan projek NFC.

Sama ada ini telah memberanikannya untuk melaksanakan taktik kotor ke atas Nurul pula masih belum boleh diketahui, tetapi serangan ini mungkin berubah menjadi ‘skandal Waterloo’ bagi dirinya. Jika serangan tidak menjadi, ia bukanlah sesuatu yang ironis jika Sharizat menjadi orang yang paling gembira, bukannya Nurul.

Hanya dengan menipu

Pada usia 32 tahun, Nurul bukan menang dari segi umur tetapi dia benar-benar popular dikalangan rakyat di Lembah Pantai tanpa mengira bangsa. Orang Melayu di sana suka akan budi pekertinya yang mulia, kesopanan dan kepintaran politiknya. Orang bukan Melayu merujuk kepadanya untuk penyelesaian kebuntuan negara dengan isu kaum yang telah menjadi kacak kerana politik perkauman dan agama yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN Najib.

"Jika RNC mahu menendang Nurul keluar, satu-satunya cara yang dia boleh lakukan adalah melalui penipuan. Sehingga pihak berkuasa yang berkaitan, Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan komen serius yang dibuat oleh Pegawai pilihanrayanya, Nurul dan penyokongnya berhak untuk mempercayai bahawa mereka adalah sasaran RNC," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Tian merujuk kepada pertukaran yang berlaku pada 12 Julai di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di antara Nurul dan Tuan Hj Mohd Najib Hj Mohd, yang telah bertindak sebagai Pegawai Pengurus semasa pilihan raya umum 2008 di mana Nurul tanpa disangka-sangka telah mengalahkan Shahrizat, penyandang asal kawasan itu.

90% daripada "plot keji" untuk mendapatkan kembali Wilayah Persekutuan & S'gor sudah sedia?

Perlu diambil perhatian bahawa Mohd Najib juga merupakan Timbalan Pengarah Implimentasi Projek dan Penyelenggaraan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidang kuasa RNC.

Menyedari sifat RNC, Nurul telah menggesa dengan menyoal adakah dia sekali akan bertugas dalam pilihan raya yang akan datang lagi. Jawapan Mohd Najib cukup mengejutkan dan bagaikan ancaman secara terang-terangan" Jika saya bertugas, YB tidak akan menang sekali lagi di Lembah Pantai."

"Saya rasa terpanggil untuk membuat suatu aduan mengenai kelakuan Pegawai Pilihanraya yang berkenaan kerana dia berkelakuan tidak profesional dan jelas mempunyai sentimen tidak neutral yang boleh membawa kepada kemungkinan penipuan di peti undi jika dia yang bertanggungjawab," Nurul berkata dalam surat aduan bertarikh 16 jul yang dialamatkan kepada Shafie Taib, Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

“Walau apa jua hubungan politik Pegawai pilihanraya itu, yang bekerja dibawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, tugasnya adalah untuk mengetuai proses pemilihan. Siapa yang menang bergantung kepada siapa yang dipilih rakyat dan bukannya kemahuannya sendiri. Kenyataan Tuan Mohd Najib menyebabkan saya hilang kepercayaan dalam ketelusan, sikap tidak memihak dan profesionalisma SPR dan saya merasa tiada jaminan bahawa tiada berlaku penipuan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti dibawah pengurusan SPR.”

Amat mendukacitakan juga, walaupun seminggu telah berlalu, nampaknya Shafie dan jabatannya tidak berminat untuk memandang serius akan aduan Nurul. Ini boleh menjadi bukti bahawa gerak hati Nurul adalah tepat selama ini.

Umno dan koncu-koncunya sudah menyiapkan 90% daripada "plot keji" yang dispekulasi dibuat untuk merebut kembali Wilayah Persekutuan dan Selangor dari Pakatan Rakyat. Najib sendiri telah berjanji - "walau apa jua kos" yang diperlukan dengan apa jua cara.

Berikut adalah surat dari Nurul kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Shafie Taib

Rujukan Anda :
Rujukan Kami : PPLBM/P121/PERMOHONAN/12/07/167
Tarikh : 16 Julai 2012 / 26 Syaaban 1433H
Encik Shafie bin Taib
Pengarah Pilihan Raya Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Selangor
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt. Yang Berbahagia Encik Shafie,

ADUAN KENYATAAN DAN SIKAP TIDAK BERKECUALI PEGAWAI PILIHAN RAYA (RETURNING OFFICER) LEMBAH PANTAI 2008 YANG MENGGUGAT KEBERKESANAN PERJALANAN PRU KE 13 YANG BERSIH DAN ADIL

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada tajuk di atas.

Pada 12hb Julai 2012 jam 4.15 petang, di perkarangan Bilik Lembaga, Tingkat 29 Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah bertemu dan berbual dengan bekas Pegawai Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai sewaktu Pilihan Raya Umum 2008, iaitu Tn Hj Mohd Najib bin Hj Mohd (yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan DBKL), di mana dinyatakan:

Saya: Nanti Tuan akan jaga Lembah Pantai lagi dalam PRU yang akan datang?
Tn Hj Md Najib: Tak. Kalau saya jaga, YB takkan menang lagi di Lembah Pantai.

Beliau menjawab dengan nada yang amat serius. Beliau kemudiannya memberitahu saya bahawa beliau akan ditugaskan untuk menjadi Pegawai Pilihan Raya di kawasan Parlimen Segambut bagi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Saya berasa terpanggil untuk membuat satu aduan mengenai tingkahlaku Pegawai Pilihan Raya yang dimaksudkan ini, yang berkelakuan cukup tidak profesional dan jelas memiliki sentimen yang tidak berkecuali - yang membawa kemungkinan kepada berlakunya penipuan di dalam perjalanan pilihanraya yang berlangsung di bawah seliaan beliau.

Walau apapun fahaman politik bagi setiap pegawai pilihanraya (Returning Officer) yang bertugas di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, tugas mereka adalah mengetuai perjalanan proses pemilihan dalam PRU, yang bergantung kepada pilihanrakyat, bukannya kemahuan peribadi sendiri. Kenyataan yang dikeluarkan Tn. Hj. Md. Najib telah menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada integriti, sikap berkecuali dan profesionalisme SPR dan merasakan tiadanya jaminan tidak berlakunya tipu helah dalam perjalanan PRU ke 13 di bawah tangan SPR.

Saya berharap pihak Tuan akan dapat menyiasat isu ini dan satu tindakan tegas diambil untuk mengembalikan kepercayaan bahawa di bawah SPR sedia ada, disertai dengan pilihan Pegawai-pegawai Pilihan Raya yang mampu, dengan tulus hati menjadikan proses pilihan raya yang akan datang benar-benar bersih.

“Demi Pilihan Raya Yang Bersih”
Sekian. Wassalam.

Yang berkhidmat,

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai

S.k Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya

Dato' Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Bersama BERSIH 3.0

Datuk A. Samad Said
Pengerusi Bersama BERSIH 3.0



Malaysia Chronicles



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors