RSS

SAH Najib Pengecut, Tak Hadir Bahas Bajet Di Parlimen



Kelibat Najib Altantuya langsung tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh ahli parlimen Permatang Pauh Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.
Malah ramai di kalangan Menteri turut ponteng sesi itu hari ini.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa MP BN, antaranya Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Razali Ibrahim (Muar) pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.
 Baru-baru ini, Anwar mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.
Separuh ucapan Najib Altantuya pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.
“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib Altantuya jika berani menyahut cabaran itu.
Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai pembatalan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga kereta, isu air, dan dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.
Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.
Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihanraya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib Altantuya ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihanraya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.
“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib Altantuya sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors