RSS

Talam oh Talam!



Kenyataan TPM TS Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.Bukan sahajaDato Chua Tee Yong (CTY) dan DS IrMohd Zin keliru tentang ‘Talam Debt Recovery Exercise’ (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.

Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Md Zain dengan segala ‘kejahilan’nya mempopularkan istilah “Talam-Gate’. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.

Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini.

Pertama

Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporarion) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB DS Khair Toyo sehingga menadapat jolokan panggilan “Super-Crony Selangor’ bawah Khir Toyo.

Pada waktu-waktu ‘kecemasan’nya yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya (syarikat tersenarai (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17), tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki ‘Land Bank’ sejumlah 7000 ekar!

Jadi rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Bukan kami kerajaan Pakatan! Tapi zaman Khair Toyo lagi. Usaha pertama adalah menentukan HUtang-hutang ini (Confirmation of Debt). Berapa banyak dan kepda siapa?
Talam berhutang kepda berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta).Jumlah ialah RM392 juta!

Kedua

Berjaya kah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan Khair Toyo?

TIDAK! Umno GAGAL memungut hutang Talam walaupun RM 1juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka MENCUBA sebanyak TIGA kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat KEGAGALAN ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor!

Rakyat Sealngor mesti persoalkan mereka KENAPA mereka GAGAL! Beban itu seterusnya ditanggong oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil aleh pemerintahan selepas PRU ke-13.

Ketiga

Apa yang Berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali?

Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (Debt Settlement Agreement).

Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh CTY (MCA) dan Ir Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri. Hutang kepada anak-anak kerajaan negeri pun berpindah tangan kepada Menteri Besar Incoroprated (MBI) dengan proses ‘Round-Tripping’ melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB yang kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk mendapat hutang-hutang itu dari 3 anak syarikanya.

Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC. SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya ‘Round-Tripping tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB! Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang CTY, Md Zain dan TPM dakwa diguna?. Jangan sampai rakyat kata mereka ‘Bengap’. Tak manis!

MBI kemudian memulakan proses “Pungutan Hutang” dari Talam.

Keempat

Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut?

Talam membayar dalam 4 bentuk. i. RM340.88 million tanah dan asset: 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million, 400 ekar di Ulu Yam and 60% equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengannilai RM22.2 million, 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 million.


Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai : RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million ‘cash assignments’ dari EON, RM7.68 juta kerja ‘earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.

Kesimpulan

Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah ‘a sound business decision’ – ‘satu keputusan yang bijak’.

Satu ‘bailout’ adalah ditakrif dalam kewangan sebagai ‘bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yangdiberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM 1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM 392 juta kepada kerajaan negeri.

Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak “Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan! Tiga keeping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Ir Mohd Zin kerana 80% dibawah air, telah selesai dijual dan mendapatpulangan yang diharapkan. (Ingat The Mines and SunWay Lagoon).

Kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam. Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh di’gadaikan’kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya!

Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses “Pungutan Hutang Talam” dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangir dari Pakatan Rakyat.

Umno-BN lah ‘pengkhianat’sebenar kepada rakyat Selangor yang i. telah memberikan kepada segala ‘pemberian tanah secara MUDAH’, ii. Gagal memungut Hutang pihak pemaju yang merupakan ‘super-kroni MCA’ dan mantan MB Umno itu. iii. mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam.

Sangat Memalukan Tipu Belit Umno-MCA ini!

Inilah resepi yang hendak digunakan oleh TPM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang menyelamatkan Wang Rakyat Selangor! ~ MC


Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP)



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors