RSS

"Ustaz masuk DAP.”




SHAH ALAM : Sudah ada penyertaan golongan agama (ustaz) ke dalam DAP, demikian menurut kenyataan Dr. Maszlee Malik, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan baru-baru ini di sebuah laman portal selangorku.com.

Beliau menyifatkan penyertaan golongan agamawan di dalam DAP juga tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang menghairankan kerana DAP hari ini dilihat sebagai sebuah parti sosial demokrat yang memperjuangkan tadbir urus yang baik seperti mana PKR dan PSM.

Tidak mustahil lebih ramai golongan agamawan Islam seperti ustaz menyertai DAP suatu hari nanti kerana parti itu merupakan parti yang berbilang kaum seperti PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).


“Sebagai parti yang majmuk mereka perlu ada kepelbagaian wajah, maksud saya bukan sahaja golongan agamawan Islam sahaja, sekarang ini pun dah ada aktivis Kristian dan Buddha, mengapa tidak ada ustaz-ustaz atau aktivis Islam di dalamnya. ujarnya lagi.

“DAP sendiri, setahu saya sudah ada kumpulan ustaz yang dah masuk DAP seperti Abdul Hakim, Mustakim dengan Fakri,” kata Dr Maszlee.

“Dalam PKR dan PSM yang sama seperti DAP nak tegakkan keadilan, ‘good governance’ dah ada golongan seperti Dr Manuaty, Dr Badrol Amin dan lain-lain,”

Beliau turut menambah bahawa sebelum 1998, masyarakat Melayu dilihat seolah-olah ‘takut’ mendekati parti DAP apabila selama lebih 50 tahun media arus perdana berjaya mainkan peranan mereka dengan memberikan gambaran bahawa DAP sebagai sebuah parti perkauman orang-orang Cina.

Bagaimanapun tembok pemikiran lama masyarakat Melayu terhadap DAP mulai runtuh sedikit demi sedikit apabila tercetusnya kebangkitan gerakan Reformasi pada 1998. -  KLd



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors