RSS

60 Orang Pelabur British Fail Saman Ke Atas Bekas Bendahari Umno


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Bendahari Agung Umno, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi (kanan)

Sekumpulan 60 orang pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital Sdn Bhd memfailkan saman berjumlah RM12 juta terhadap firma milik  bekas bendahari agung Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi atas dakwaan menipu dan memalsukan dokumen berhubung pembelian enam suis telekomunikasi.

Pelabur berkenaan melalui firma Kamarul Hisham and Hasnal Rezua memfailkan saman tersebut pada 20 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

MP Ampang Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini berkata, pelabur berkenaan membuat laporan polis pada 5 Oktober 2011 namun mereka mendakwa polis lambat bertindak.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin berkata perkara berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Mac.

Pelabur berkenaan melalui Fiscal City Sdn Bhd, menamakan Doxport Technology (M) Sdn Bhd, dan pengarahnya Abdul Azim, Gurmeet Kaur dan Sivalingan Techinamoorthy sebagai defendan.

Abdul Azim juga merupakan pengerusi Doxport Technology.

Pelabur berkenaan membuat aduan kepada ahli parlimen British, termasuk Lord Ahmed dari Rotherham, yang akan membangkitkan perkara itu di House of Lords pada bulan depan.  ~ MKini




.


Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Blog List 2

Posting Terkini

Jumlah Pengunjung

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors