Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) Daerah Shah Alam kerana mengarahkan penerima-penerima bantuan
mengambil pembayaran bulanan mereka di Pejabat Umno Bahagian Shah Alam
pada hari ini.
Dikhabarkan majlis penyerahan bayaran tersebut pula disampaikan oleh
Dato’ Haji Ahmad Nawawi Dato’ M.Zin, Ketua Umno Bahagian Shah Alam.
Kebiasaannya bayaran bulanan tersebut dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan nasional (BSN) penerima bantuan.
Ini jelas menunjukkan bahawa JKM sebuah agensi kerajaan pusat telah
diperalatkan oleh UMNO/BN untuk meraih undi dari kalangan penerima
bantuan tersebut menjelang PRU yang semakin hampir.
JKM sepatutnya berlaku adil dan tidak
berpihak kepada mana-mana parti politik dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.
Sebelum
penyampaian bayaran tersebut mereka telah diberi “taklimat” oleh
beberapa orang pemimpin UMNO untuk menyokong BN dalam PRU yang akan
datang.
Lebih 100 orang telah hadir ke pejabat UMNO tersebut untuk mendapatkan bayaran tersebut.
Marah betul puak umno bila dikiaskan bahawa umno seolah memperlakukan rakyat seumpama haiwan apabila memberi bantuan BRIM dengan memaksa rakyat berbaris panjang dan terpaksa mendengar ceramak wakil umno/bn.
Berikut ialah kenyataan sebenar TGNA isu bantuan BRIM yang diumpamakan seperti haiwan. Cuma umno saja yang tak faham atau pun saja buat-buat tak faham!
"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada
Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang
Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu
Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil
Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana
Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang
Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu
Kepada Manusia" kata Tok Guru Nik Aziz.
Ada ke TG Nik Aziz sebut pasal BR1M???...
Ustaz Azhar Idrus kata apa?
.
.