RSS

Apa Motif Sebenar Fareez Hantar Surat Pada TGH Hadi Serta Laporan Polis Yang Di Buat Olehnya???



Bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Mohd Fareez Kamal Intidzam,   membuat laporan polis kerana bimbang berkenaan ancaman keselamatan oleh pengikut-pengikut Presiden PKR terhadapnya dan keluarganya setelah tersebarnya surat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Isnin lalu.

Sambil mengakui dia merupakan penulis surat tersebut, Fareez berkata dia tahu ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.

“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 sebentar tadi.

Fareez turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu kepadanya kerana dia rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam surat itu, Fareez turut mendakwa dia telah dilantik oleh Anwar sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak dari tahun 2008.

Surat yang ditulis tangan oleh Fareez itu antaranya mendakwa beliau ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mencemburui hubungan mereka.

Dalam surat itu Fareez mendakwa dia rapat dengan Anwar hingga Ketua Umum PKR itu melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak dari tahun 2008.

Surat yang dihantar kepada Presiden Pas itu meminta campur tangan Abdul Hadi untuk menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum pilihan raya umum-13.

Dakwa Fareez pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya dari sikap negatif kedua-dua beranak tersebut.

“Saya berpendapat hanya Tuan Guru (Abdul Hadi) seorang sahaja, selaku Presiden PAS yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden KEADILAN (PKR) sebelum menjelang PRU13.

“Lagipun Wan Azizah tidak boleh bertanding kawasan parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden Keadilan (PKR) jikalau tidak boleh bertanding kawasan parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan Pakatan Rakyat,” kata Fareez dalam sepucuk surat yang disiarkan menerusi laporan Malaysia Today.

Di akhir surat itu tidak ketinggalan nama Timbalan Presiden, Azmin Ali yang wajar diangkat sebagai pemimpin untuk mengetuai PKR.

Fareez turut mendakwa Azmin sebagai pemimpin lengkap berbanding Wan Azizah yang disifatkan sebagai proksi yang berpura-pura tidak mengetahui pelbagai perkara.






Semakin hampir PRU semakin banyak serangan yang bertujuan membunuh kerier poliitik lawan. Masing-masing menyerang satu sama lain dengan segala cara termasuklah memperalatkan mereka yang berada didalam parti. Menang kalah belakang cerita. Kan itu cara orang kita berPOLITIK!




.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors