RSS

Demi Hak Milik Terhadap Sabah, Keluarga Kiram Enggan Menyerah, Mahu Tentera Sulu Kekal Di Sabah




KUALA LUMPUR, 9 Mac — Walaupun laporan tentang lebih ramai penceroboh Sulu semakin ramai mati di Malaysia, keluarga Kiram mengarahkan “tentera”nya untuk bertahan dan tidak menyerah, dan berkata melawan demi hak milik mereka terhadap Sabah sebagai “kemuliaan melebihi nyawa”.

Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, memberitahu Radio dzMm bahawa ayah saudaranya Agbimuddin Kiram dan “tenteranya” tidak akan meninggalkan Sabah walaupun serangan hebat dari pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau merayu anggota supaya setia dengan Agbimuddin, yang dikatakan “putera diraja” kesultanan Sulu. “Tolong bertahan, ini lebih mulia daripada nyawa,” katanya yang dilaporkan dari laman web rangkaian media ABN-CBS News.

“Mereka cuma mahu tinggal di sana, di sana tempat mereka, mereka mahu tinggal di sana secara aman,” kata Jacel di Radio dzMM, stesen radio milik ABN-CBS Corporation di Filipina.

Tengah hari tadi, ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa seorang lagi penceroboh Sulu ditembak mati apabila cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu, menjadikan jumlah kematian mencecah 53 orang, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Malaysia. ~TMI


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors