Maklumat terbaru yang diterima!
Seakan meniru gaya rakan-rakan subahat mereka di Semenanjung, kira-kira
20 samseng upahan Umno cuba menyerang sebuah bas dan sebuah van yang
diletakkan di hadapan Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah
sebentar tadi.
Kedua-dua kenderaan tersebut disasarkan untuk dicalar dan disimbah cat
merah beberapa ketika sejurus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim
merasmikan penggunaannya bagi tujuan kempen menjelang pilihanraya umum
ke-13.
Insiden tersebut sempat dihalang anggota polis yang bertugas mengawal
keadaan setelah mendapat maklumat samseng berkenaan cuba melakukan
khianat terhadap harta persendirian.
Anwar kini berada di negeri ini bagi lawatan dan merasmikan pelancaran
manifesto khas untuk Sabah di pusat konvensyen di tengah-tengah
bandaraya ini.
Bas dan van tersebut disewa bagi memudahkan gerakan kempen dan merayu
undi khusus untuk kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat dan akan mula
menjelajah ke seluruh negeri ini dalam tempoh terdekat.
Beberapa saksi kejadian yang ditemui menyatakan samseng berkenaan mula
membuat bising di perkarangan pusat konvensyen itu selain membunyikan
hon untuk mengganggu majlis yang diadakan di dalam.
Bagaimanapun setelah dinasihat oleh petugas KEADILAN, mereka cuba untuk
menghampiri bas dan van berkenaan menyebabkan anggota polis dikerah bagi
mententeramkan keadaan.
Menurut laporan, enam daripada mereka ditahan dan kini dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal-siasat.
Sementara motosikal yang ditinggalkan setelah mereka dibawa ke balai polis kini diangkut menggunakan lori menuju destinasi sama.
Perkembangan ini mencetuskan tanda tanya sama ada Umno dan Barisan
Nasional (BN) kini sudah merasakan kedudukan mereka tergugat kerana ini
adalah kali pertama insiden seumpama ini dilakukan mereka di negeri ini.
Parlimen Kota Kinabalu diwakili calon DAP, Hiew King Chiew setelah menang dengan undi majoriti tipis 106 undi.
~ Sumber
.