RSS

ZAHID BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO YANG BARU?




Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini diberi pelbagai gelaran semasa beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Ada yang menamakan beliau Menteri Amaran, Menteri Pondan dan ada yang menukarkan nama beliau kepada Hashimah.


Ini gara-gara kegemaran Hishammuddin memberi amaran tanpa sebarang tindakan menyebabkan beliau dilihat sebagai Menteri Lembut. Akar umbi Umno mahu melihat seorang Menteri Dalam Negeri yang tegas dan agas (loghat Kelantan).

Rabu lalu Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Hishammuddin. Sejak Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri, beliau cuba mempromosikan beliau sebagai Menteri Tegas dan Agas (MENTEGA).

Beberapa kenyataan beliau menarik perhatian umum. Antaranya:


1. Pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
2.  "Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas."http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130518/dn_01/Tunggu-tindakan-tegas---Zahid-Hamidi
3. Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok. Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit. Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-main-api-dengan-saya-zahid-memberi-amaran-kepada-portal-berita/

Kalau diteliti kenyataan Zahid, jelas lah beliau kini lebih baik dari Hishammuddin dan beliau berjaya menaikkan profil beliau sebagai Menteri Tegas dan Agas (MENTEGA).

Ramai yang melihat kenyataan-kenyataan tegas ini sebagai bermulanya kempen Zahid untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Jika prestasi ini dikekalkan, kita yakin Zahid bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru menjelang Pemilihan Umno hujung tahun ini. ~Jelapang
.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors