RSS

Dewan Rakyat Kecoh.. Pandikar Amin Di Lantik Semula Sebagai YDP




KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal kedua pada hari pertama sesi ke-13 sidang parlimen.

Beliau dilantik selepas memperolehi 133 undi berbanding bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi selepas pengundian secara rahsia dijalankan.


Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah mempengerusikan acara berkenaan.


Pelantikan semula Pandikar Amin dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak manakala Abdul Kadir dicalonkan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga adalah Menteri Besar Selangor.


Bagaimanpun, berlaku sedikit kekecohan, apabila pembangkang dilihat tidak berpuas hati dan mempertikaikan cara pengundian yang dilakukan.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.


Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.
Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.

Dewan turut diselangi gelak tawa apabila ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen pembangkang.

 "Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka.


Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh diterima berikutan semua ahli parlimen masih belum mengangkat sumpah semasa pemilihan dilakukan.


Sejurus menduduki kerusi Yang Dipertua, Pandikar Amin menasihatkan semua ahli parlimen agar bersikap lebih rasional setelah diberi mandat oleh rakyat dan beriltizam membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.




.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors