RSS

Tukar Tiub Berjuang Untuk Apa?



Hishamudin Rais (HR) @Tukar Tiub anak kelahiran Jempol, Negeri Sembilan. Umur beliau seusia 62 tahun. Beliau bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCCK). Beliau sempat belajar di Universiti Malaya sebelum melarikan diri ke luar negeri semasa Kerajaan Tun Razak melakukan operasi ISA ke atas aktivis demo Baling 1974. 

Anwar Ibrahim antara yang menjadi graduan Kamunting ketika itu. Kepetahan HR bercakap serta ideanya cukup menarik.Ayatnya dalam penulisannya kadangkala lucu,santai, gila-gila dan juga adakalanya agak lucah.

Walaupun pemikiran ideologi beliau pro sosialis dan komunis tetapi beliau tidak menganggotai partai politik.

Beliau tidak mengikut jejak Dr Nasir Hashim,Arutchelvam menyertai Parti Sosialis(PSM).Juga tidak ikut sifu sosialis Dr Kasim Ahmad menyertai UMNO.

Sasaran seruan beliau adalah anak muda. Apa yang beliau mahu dari anak muda juga tidak diketahui. Tiada matlamat jelas.

Kalau sekadar ajak anak muda keluar ke jalanraya, adakah itu matlamat utama HR berjuang?

Jika beliau ingin "menggoda" anak muda dengan sosialis komunisnya, ideologi itu sudah lama tersimpan di muzium bersama USSR, Mo Tze Dong, Stalin dan Lenin.

Apabila ideologi kiri sudah ditalqinkan, perjuangan beliau menumpang "semangkuk" reformasi Anwar dan BERSIH.

Kini,pemikiran ideologi beliau semakin jelas dan terang dengan Kudeta Tentera ke atas Presiden Mesir.

Ulasan  beliau dalam bentuk "bait-bait syair" di blognya TUKAR TIUB tentang Mesir membuktikan beliau seorang anti demokrasi jauh sekali Islamist. Baca tulisan beliau :


                                                          TAHNIAH TAMAROD


APA SEKARANG DI MESIR

presiden morsi letak jawatan

kerajaan sementra ditubuh

perlembagaan lama digantung

perlembagaan baru  akan ditulis

pilihan raya bebas dan bersih ada di adakan kembali

kemenangan morsi dengan jalan tipu

dilupuskan

 

 
SIAPA ITU TAMAROD

terdiri dari:

GABUNGAN ANAK MUDA

Kesatuan Anak Muda Revolusiner

Barisan Anak Muda

Angakatan Anak Muda Masperi

Kesatuan Anak Muda Sosialis

Fron Anak Muda Liberal

Fron Democratic 6 April

Gerkan Mina Daniel


PARTI POLITIK PENYELMAT NAGARA

terdiri dari:

 Parti Demoktarik Front

Parti Wafd

Parti Perlembagaan

Parti Mesir Bebas

Parti Komunis Mesir

Parti Sosislis Mesir

Parti Gabungan Sosialis Popular

Parti Tagammu

Parti Nasserist

Parti Sosial Demokratik Mersir

Parti Karama

Parti Mesir Merdeka

Garis Popular Mesir

Kesatuan Kebangsaan Untuk Perubahan



Alangkah molek dan cantiknya dalam usia 62 tahun ,beliau buang jauh-jauh ideologi karutnya untuk kembali kepada Islam yang syumul.



 .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors