RSS

Ibrahim Ali Tempelak Kerajaan Negeri Serawak Isu Kenaikan Gaji...wakakaka...



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menempelak kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor termasuk Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.

Ibrahim menyifatkan kenaikan 373.3 peratus yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai luar biasa dan tidak terkandung dalam Buku Jingga.

Katanya, wakil rakyat di Selangor perlu berkorban demi rakyat dan bukannya menggunakan dana kerajaan negeri bagi menanggung perbelanjaan mereka.

“Hebat dan luar biasa kenaikan gaji ADUN, menteri besar, speaker dan timbalan speaker dengan kenaikan 373.3%. Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat.

“Apakah ini salah satu janji dalam buku jingga? Saya semak, tidak ada pun. Gaji untuk wakil rakyat boleh dinaikkan tetapi peratusan kenaikan kali ini luar biasa. Boleh masuk dalam buku rekod perniagaan dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, alasan bebanan tugas semata-mata tidak boleh diterima dan dengan kenaikan sebanyak itu, orang kelainan upaya (OKU) pun mahu menjadi wakil rakyat.

“Bukankah wakil rakyat perlu berkorban? Malah harta sendiri juga perlu dikorbankan untuk rakyat. Kalau gaji besar,bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat.

“Orang pekak, bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat. Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang naikkan gaji seumpama ini, riuh-rendah mereka serang,” katanya.

Ibrahim mendesak rakyat Selangor membantah kenaikan itu termasuk kakitangan kerajaan supaya mereka mendapat kenaikan gaji sama.

“Mereka juga ada beban tugas lebih daripada wakil rakyat. Inilah yang dikatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).



Berita terdahulu (pada WEDNESDAY, MAY 22, 2013)

Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di Kuching semalam.

Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus. 

Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.

“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).

“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.


Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.




.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors