RSS

Ketua Gang 08 Venod Berjaya Di Berkas



Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi semalam

Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Tasik Titiwangsa sebelum lelaki tersebut melarikan diri manakala rakannya ditahan.


Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkasnya di sebuah rumah kosong di kawasan berdekatan dalam keadaan cedera, termasuk di bahagian bahu dan pinggang akibat terkena tembakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pada Oktober lalu seramai tujuh ahli kumpulan geng ini ditahan dan dikenakan Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

"Kesemua mereka telah melanggar syarat dan kembali ke Gombak untuk meneruskan aktiviti jenayah dan pada 17 November lalu, kami berjaya menahan lima daripada mereka di Batu Batu Caves.

"Bertindak atas perkara itu juga, kami telah menahan suspek bernama Vinod setelah mengejarnya dari Genting Sempah," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ekoran penahanan tersebut, sekurang-kurangnya 30 kes samun di sekitar Lembah Klang berjaya diselesaikan pihak polis.

Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang anggota Geng 08 Vinod yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) diburu polis dan dipercayai bersembunyi di kawasan hutan Ulu Yam. 





.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors