Bencana alam yang menimpa Filipina
baru-baru ini, Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan
harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak
padang terkukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut
paling kuat di dunia pada tahun ini.
Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami
yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan
turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada
7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara
Cebu paling teruk terkesan.
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini
adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah
masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala
dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi
di dunia yang pernah di catatkan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi
mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam
kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang
terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan
Rajid Batalo.
Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan
perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah
Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang
mempertahankan masjid tersebut.
Saksikan pula video di bawah ini:
.