RSS

JPP Hanya Bersandiwara - Chegubard





Ketua Cabang Parti Keadilan (PKR) Rembau, Badrul Shahrin Hisham menyifatkan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) ingin mengadakan pemilihan semula di 17 Cabang parti itu sebagai satu 'sandiwara'.‬ 

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard mendakwa  perkara  hampir sama dilakukan JPP pada pemilihan 2010.‬ 

"Saya sendiri telah mengemukakan laporan penyelewengan yang berlaku kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan turut berjumpa dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membincangkan hal ini dan kami diberi jaminan tindakan akan diambil tetepi malangnya tiada apa yang dibuat oleh JPP.‬

"Sebab itu saya berani kata apa yang diumumkan JPP untuk adakan pemilihan semula  hanyalah satu sandiwara.

"Tindakan hanya dikenakan kepada pengawas yang menjaga pusat mengundi di Cabang tertentu, sedangkan Ahli Jawatankuasa (AJK)  JPP yang menyeleweng untuk memenangkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali masih menjalankam tugas seperti biasa," katanya.
 
‪Justeru, beliau menyeru agar pucuk pimpinan parti memecat  AJK JPP sedia ada.
 

Pengerusi  JPP, Datuk Seri Johari Abdul  pada Rabu berkata,  pihaknya memutuskan bahawa 17 cabang  akan mengadakan pemilihan peringkat cabang atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau kedua-dua pada Sabtu 17 Mei ini. 

Daripada kesemua 17 cabang yang terlibat, hanya 13 daripadanya akan diadakan pada 17 Mei ini iaitu empat di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah iaitu Tenom serta Keningau.‬ 

Manakala empat lagi cabang iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.




.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors