Washington meluluskan jualan senjata baru bernilai jutaan dolar ke
Indonesia dan Malaysia minggu ini, lapor majalah isu semasa The
Diplomat.
Undang-undang Amerika Syarikat (AS) mensyaratkan penjualan senjata ke
negara asing perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Agensi Kerjasama
Keselamatan Pertahanan (DSCA), yang bertindak sebagai orang tengah
antara kerajaan luar dengan kontraktor senjata.
The Diplomat berkata kelulusan itu sebahagian daripada 5 set jualan
senjata bernilai kira-kira AS$3.5 bilion dijelaskan untuk sekutu dan
rakan kerjasama AS di Timur Tengah dan Asia Pasifik, termasuk peluru
berpandu udara ke udara bernilai AS$21 juta (RM74 juta) untuk Malaysia.
Jualan untuk Indonesia bernilai kira-kira AS$47 juta, membabitkan
peluru berpandu udara ke udara jarak dekat Sidewinder dan peralatan
berkaitan serta sokongan logistik.
Laporan itu memetik kenyataan DSCA merujuk Malaysia sebagai “rakan
kongsi utama sejak sekian lama dan akan terus menjadi rakan, pasukan
penting untuk kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi di Asia
Tenggara”.
Hubungan AS-Malaysia berada pada tahap terbaik dalam tempoh berdekad di
bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, malah Presiden Barack Obama
menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia sejak lawatan Lyndon
Johnson pada 1966.
Malaysia juga dianggap sekutu penting berikutan AS berharap dapat memuktamadkan perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) untuk menggabungkan 12 negara di rantau Asia Pasifik.
Malaysia juga dianggap sekutu penting berikutan AS berharap dapat memuktamadkan perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) untuk menggabungkan 12 negara di rantau Asia Pasifik.
Najib juga dijangka melawat AS lewat tahun ini.
~TMI
.