RSS

726,000 Kondom Jepun Hilang Di Malaysia



TOKYO - 726,000 kondom yang dihantar ke Jepun melalui Malaysia telah dicuri. Ribuan kondom itu hilang ketika transit di antara Malaysia dan Jepun.

Seperti dilaporkan AFP, Khamis (3/2/2011), sebanyak 726,000 kondom polyurethane (super nipis) dimasukkan ke sebuah kontena di kilang Malaysia untuk dieksport. Pengeluar Sagami Rubber Industries mengeksport prophylactics dari Malaysia ke Jepun, tetapi penghantaran tersebut didapati kosong apabila ia tiba di kilang utama firma tersebut di sub-bandar Tokyo.

Jurucakap syarikat Norinari Wakui berkata: "Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kami sangat keliru. Kami tidak pasti adakah perkara ini dirancang."

Dia menambah bahawa kunci kontena juga telah digantikan sebelum penghantaran meninggalkan pelabuhan Malaysia.

Barangan yang hilang merupakan kondom yang 14% lebih tipis dari produk konvensional yang memiliki ketebalan sekitar 0.02 milimeter. Harga kondom yang hilang itu mencecah sehingga 1.5 juta Dollar.

Diasaskan pada 1934, Sagami Rubber Industries ialah pembuat kondom yang pertama Jepun.



0 Responses to "726,000 Kondom Jepun Hilang Di Malaysia"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors