RSS

MUKTAMAD...SATU LAGI PRK DI KAWASAN LEMBAH PANTAI


Setelah menyaksikan berbelas siri pilihanraya sebelum ini,lensa pilihanraya kecil kali ini tertumpu ke kawasan Lembah Pantai dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk rekod,Ahli Parlimen bagi kawasan Lembah Pantai adalah anak perempuan kepada Ketua Pembangkang Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah binti Anwar.

Walaubagaimanapun,diharap pembaca jangan cepat panik dan terkejut. Pilihanraya kecil ini bukanlah disebabkan kematian Nurul Izzah,apatah lagi disebabkan beliau ponteng ke parlimen selama beberapa sidang tanpa alasan,tetapi pilihanraya kecil yang dimaksudkan oleh penulis adalah Pilihanraya Kampus sempena pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di hampir kesemua institut pengajian tinggi negara bagi sesi 2011-2012.Lembah Pantai dengan PRK ini adalah kerana di kawasan tersebutlah terletaknya Universiti Malaya,sebuah universiti yang telah banyak menimbulkan sejarah perjuangan mahasiswa di negara kita.

Apa yang menarik untuk diperhatikan dalam pilihanraya kampus di Universiti Malaya adalah adanya pelbagai insiden dan polemik seakan-akan sama seperti sebuah pentas kecil pilihanraya di Malaysia.Selain liputan media yang agak meluas, pertembungan terbuka pasukan promahasiswa dan penggerak mahasiswa (pro aspirasi) adalah antara faktor mengapa PRK Universiti Malaya adalah lain daripada yang lain.

Esok,pembuangan undi di Universiti Malaya akan berlangsung.Sepanjang tempoh kempen pelbagai kontroversi yang melanda termasuklah insiden menekup mulut pelajar oleh wakil keselamatan,bantahan terhadap beberapa orang calon Pro-M yang ditolak kertas pencalonannya,pengusungan patung jenazah dan terbaru kes calon yang dilaporkan hilang ketika berkempen.Semuanya terus mewarnai proses pengundian selepas ini.

Memandangkan dalam sesi yang lalu Universiti Malaya dikuasai oleh pasukan Penggerak Mahasiswa,maka pelbagai isu yang timbul termasuklah kegagalan Ketua MPP musim lalu dalam kepimpinannya sehingga menimbulkan pertikaian terbuka di facebook dan media massa.Oleh itu,pasukan Pro-Mahasiswa kali ini turun dengan semangat baru bagi mengembalikan kuasa pelajar di Universiti Malaya,sama seperti apa yang berlaku dalam tahun-tahun 70-an dahulu.Malah,penulis sendiri sering diceritakan oleh seorang pensyarah betapa beliau adalah bekas mahasiswa yang sezaman dengan Anwar dan beliau akan sentiasa bangga dan terkenangkan saat itu walaupun kini beliau sudahpun pencen.

Begitulah Universiti Malaya.Tempat lahirnya ramai pemimpin utama negara.Justeru,pemilihan dalam PRK kali ini diharap dapat membentuk pemimpin pelapis yang berkaliber di masa hadapan.

Semoga Saudari Masturah selamat adanya dan selamat kembali semula untuk memimpin mahasiswa di universiti Malaya!

Calon Pro-M,Masturah Abu Bakar yang
hilang
Insiden "tutup mulut"
Upacara pengusungan jenazah




                     (Sumber)


0 Responses to "MUKTAMAD...SATU LAGI PRK DI KAWASAN LEMBAH PANTAI"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors