RSS

MRT: KERAjaan Umno-APCO Main Silap Mata!!


SPAD Dikhuatiri Hanya Retorik Semata


Maklum balas awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikhuatiri hanya dilaksanakan semata-mata utuk mengaburi mata rakyat bahawa satu tinjauan menyeluruh telahpun dijalankan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu sidang media di Parlimen hari ini berkata, selain slogan retorik oleh SPAD bahawa Aliran Transit Massa (MRT) dapat menaik taraf sistem pengangkutan di Lembah Klang dan kononnya dapat membantu peningkatan ekonomi, agensi kerajaan tersebut gagal memperincikan satu pelan tindakan menyeluruh bagi projek MRT.

"Walaupun proses mendapatkan maklumbalas sedang berjalan, makumat berkenaan laluan, rekaan stesen, maklumat trafik serta pelan integrasi antara terminal pengangkutan baru dan lama langsung tiada.

Lebih buruk lagi, keputusan berkenaan projek MRT dibuat tanpa mengambil mengira maklumbalas awam kerana tender bagi projek berkenaan akan dibuka bulan depan," tegas beliau.

Kata beliau, ini bermaksud SPAD langsung tidak menghiraukan hasil maklumbalas tersebut kerana dokumen tender serta segala proses berkaitan dengan pembukaan tender telahpun dilaksanakan agar tender dapat dibuka bulan depan.

Dalam pada itu, Tony Pua memberitahu bahawa firma McKinsey & Co iaitu firma yang sama dilantik oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), telah dilantik oleh SPAD bagi melaksanakan kajian pengurusan nilai (VMS) projek MRT.

Katanya lagi, Mckinsey mungkin mengambil sikap berat sebelah sekiranya kajian VMS yang dijalankan tidak menyebelahi dalam meneruskan perlaksanaan projek tersebut.

"Walaupun tiada percanggahan perundangan secara langsung tetapi persoalannya ialah samada McKinsey akan menjalankan analisis yang adil berkenaan kos sistem MRT, sedangkan mereka juga adalah sebahagian daripada Pemandu?" tanya beliau.

Tony Pua berkata, laporan oleh McKinsey serta mana-mana laporan awam yang dibuat di masa hadapan perlu didedahkan kepada umum serta menegaskan tiada isu keselamatan negara berbangkit sekiranya laporan-laporan tersebut didedahkan.

"Maka, laporan penuh Mckenzie juga perlu ditunjukan kepada umum agar kita boleh memutuskan samada projek ini bagus atau tidak, samada kajian tersebut telah dijalankan dengan adil dan telus," kata beliau lagi.

Video ihsan Malaysiakini TV





.


0 Responses to "MRT: KERAjaan Umno-APCO Main Silap Mata!!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors